Islamic Widget

Saturday, February 12, 2011

Qunut nazilah~

Salam semua~

"Islam itu datang dengan dagang dan akan kembali dagang"

Selalu kita perdengarkan ayat itu.. Ia memberi maksud (lebih kurang macam ni la) bahawa Islam dahulunya dianggap pelik dan akan kembali pelik.. Tak perlu pergi terlalu jauh, tetapi dapat dilihat zaman sekarang ini dengan jelas sekali.. Mereka yang berkopiah, rajin ke surau atau masjid, rajin ke majlis ilmu, memakai tudung labuh akan dianggap sangat pelik.. Padahal itu ajaran Islam..

Mereka-mereka yang ber'dating', tidak menutup aurat, seperti sudah biasa dan lali dengan dunia kini.. Itu yang seharusnya dipandang pelik kerana bertentangan dengan ajaran Islam itu sendiri..

Perspektif manusia sekarang terhadap Islam dianggap sebagai aktivis, pembangkang.. Tapi, adakah Islam itu benar seperti sangkaan mereka atau penganutnya yang menjadikan ia seperti itu?? Tepuk dada, tanya iman..

Tapi apa yang kita dapat lihat zaman kini, Islam ditindas dengan kejamnya.. Tanpa belas kasihan.. Manusia2 kini didoktrin dengan pemikiran Barat yang dicipta oleh manusia.. Kita sendiri tahu bahawa manusia itu tidak sempurna, apatah lagi nak dibandingkan pemikiran manusia dengan Al-Quran yang lengkap itu.. Sudah semestinya Al-Quran diletakkan sebagai panduan nombor 1 dan pemikiran manusia ditolak ke tepi.. Tetapi manusia kini lebih suka didoktrin dengan pemikiran manusia sendiri daripada menerima isi kandungan Al-Quran yang serba lengkap itu..

Doa senjata mukmin.. Telah banyak kali kita perdengarkan ayat itu.. Banyak peristiwa zaman kini yang memperlihatkan Islam ditindas.. Dan menjadi peranan kita sebagai umat Islam untuk sama2 mendoakan umat Islam yang lain daripada terus ditindas..

Mari sama2 membacakan qunut nazilah untuk mereka.. Tetapi, sebelum itu apa yang didefinisikan sebagai "qunut nazilah"?
Untuk jawapan yang lebih jelas : klik sini

Moga bermanfaat~
Wallahualam..