Islamic Widget

Friday, November 6, 2009

Hati...

Assalamualaikum dan salam muhibah..

Ketika terbaca Facebook, saya tertarik dengan shout out nya..

"Ketahuilah bahawa di dalam badan ada seketul daging. Apabila ia baik,
baiklah badan seluruhnya dan apabila ia rosak, rosaklah sekaliannya.
Ketahuilah! Itulah yang dikatakan hati." (Hadis Riwayat Al-BukhariMuslim)

Kata-kata ini amatlah benar.. Saya sendiri pernah merasainya.. Dan pabila kembali kepada kata-kata ini, dan cuba mengikutinya, ternyata sangatlah benar dan nikmatnya dapat dirasa..

Semuanya bermula dengan hati.. Perbetulkan hati dahulu barulah yang lain akan turut serta..

Sekian sahaja buat kali ini..
Wassalam..

~Destinasi Cinta~


Destinasi Cinta
Album :
Munsyid : Mestica


Menyingkap tirai hati
Mengintai keampunan
Di halaman subur rahmat-Mu, Tuhan
Tiap jejak nan bertapak
Debu kejahilan
Akan ku jirus dengan madu keimanan

Tak ternilai airmata dengan permata
Yang bisa memadamkan api neraka
Andai benar mengalir dari nasuha nurani
Tak kan berpaling pada palsu duniawi

Destinasi cinta yang ku cari
Sebenarnya terlalu hampir
Hanya kabur kerana dosa di dalam hati
Telah ku redah daerah cinta
Yang lahir dari wadah yang alpa
Tiada tenang ku temui
Hanya kecewa menyelubungi

Ku gelintar segenap maya
Dambakan sebutir hakikat
Untuk ku semai menjadi sepohon makrifat
Moga dapat ku berteduh di rendang kasih-Mu

Namun ranjaunya tidak akan sunyi
Selagi denyut nadi belum berhenti
Durjana syaitan kan cuba menodai
Segumpal darah bernama hati
(Destinasi cinta Ilahi)

Lestarikan wadi kalbuku, oh Tuhanku
Leraikan aku dari pautan nafsu
Biarpun sukar bagiku melamar redha-Mu
Namun masihku mengharap ampunan-Mu
Wahai Tuhanku.. Ya Allah..



Sekian sahaja buat kali ini..

PDNS melaporkan..

Wassalam..

~Layar Keinsafan~

Layar Keinsafan

Album : Layar Keinsafan
Munsyid : Mestica


Sepi benar senja ini
Bayunya semilir, menganak ombak kecil
Jalur ufuk pula mengemas terang
Kapal dan layar terkapar

Mengapa nantikan senja
Barukan terdetik, pulang ke pengkalan
Gusar malam menghampiri
Ku tewas di lautan

Tuhan layarkanku ke arah cintaMu
Tuntuniku menggapai redhaMu
Rimbunan kasihMu ku berteduh
KepadaMu ya Tuhan
Berikan secebis keinsafan
Bekalan sepanjang perjalanan
Mencari ketenangan

Biar Kau menjadi saksi
Tulus tangisku kala dini hari
Kesempatan yang hanya sebentar
Moga keikhlasanku terlakar
Berikanlah ku hidayah
Agar dikuatkan iman yang lemah
Moga diberkati hidup ini
Menuju bahagia yang kekal abadi

PadaMu Tuhan
Kan kuserahkan cinta kepadaMu

Tuhan layarkanku ke arah cintaMu
Tuntuniku menggapai redhaMu
Rimbunan kasihMu ku berteduh
KepadaMu ya Tuhan
Berikan secebis keinsafan
Bekalan sepanjang perjalanan
Mencari ketenangan

Biar Kau menjadi saksi
Tulus tangisku kala dini hari
Kesempatan yang hanya sebentar
Moga keikhlasanku terlakar
Berikanlah ku hidayah
Agar dikuatkan iman yang lemah
Moga diberkati hidup ini
Menuju bahagia yang kekal abadi

Harapanku moga dikurniakan
Manisnya iman berpanjangan
Moga lautan hilang gelora
Untukku belayar

Sekian sahaja buat kali ini..
Wassalam..

~Kalimah Cinta~

Kalimah Cinta

Album : In-Team'04
Munsyid : In-Team


Pepohon cintaku kian merimbun
Semakin dicantas makin bertunas
Tidak mampu mendustai hatiku
Rasa cinta fitrah manusia

Siapalah aku menolak cinta
Yang hadir di jiwa tanpa dipaksa
Hidup ini tidak akan sempurna
Tanpa cinta dari Tuhan Yang Esa

Adam Hawa bercinta di Syurga
Angkara iblis terpisah menderita
Kerana cinta mereka setia
Bertemu di dunia

Dengan cinta kenal Pencipta
Dengan cinta kenal RasulNya
Kerana cinta kenal saudara
Bahagia keluarga
Oh indahnya cinta

Hidup tanpa cinta
Sengsaralah jiwa
Sengketa dan dusta
yang merajai jiwa

Di batasan cinta syariat terjaga
Tanpa keraguan tanpa kesangsian

Betapa sucinya kasihMu Tuhan
Betapa agungnya kebesaranMu
Diri ini mengharapkan cintaMu
Kekalkanlah rasa kehambaan ku

Sekian sahaja buat kali ini..
PDNS melaporkan..
Wassalam..

Takwa....

Assalamualaikum dan salam perpaduan..

Ingin saya berkongsi sedikit ilmu di sini.. Saya mendengarnya semalam dalam perkongsian ilmu yang setiap hari diadakan selepas solat isyak berjemaah di surau..

Tajuknya adalah takwa.. Apa yang kita faham dengan takwa?? Kita selalu mendengar bahawa berkawanlah engan orang yang bertakwa.. Sentiasalah berdamping dengan orang yang bertakwa.. Tetapi apa sebenarnya takwa itu??

Soalan yang diberikan kepada kami adalah apa yang akan dilakukan sekiranya terdapat duri?? Mestilah kita akan membuang duri tersebut bukan?? Itulah takwa..

Kami terdiam seketika dan berfikir sejenak.. Kemudian kami diberitahu dengan jawapannya..
Takwa adalah dia akan melakukan pahala walau sekecil mana pun pahala itu.. Dan akan cuba mengelakkan dosa walau sebesar zarah dosa itu..

Kami berfikir lagi.. Kemudian segala persoalan terjawab.. Rupanya, kalau seseorang itu amat mengambil berat dengan dosa dan pahala yang sekecil zarah, apatah lagi yang sebesar-besarnya..

Marilah kita merenung kembali ke dalam diri kita adakah kita telah sampai ke tahap seperti itu dan bagaimanakah kita berusaha ke arah mencapainya..

Sekian sahaja perkongsian buat kali ini..
PDNS melaporkan..
Wassalam..

~Demi Masa~

Demi Masa

Album : Demi Masa
Munsyid : Raihan


Demi masa sesungguhnya manusia kerugian
Melainkan yang beriman dan yang beramal soleh
Demi masa sesungguhnya manusia kerugian
Melainkan nasihat kepada kebenaran dan kesabaran

Gunakan kesempatan yang masih diberi moga kita takkan menyesal
Masa usia kita jangan disiakan kerna ia takkan kembali

Ingat lima perkara sebelum lima perkara
Sihat sebelum sakit
Muda sebelum tua
Kaya sebelum miskin
Lapang sebelum sempit
Hidup sebelum mati

Demi masa sesungguhnya manusia kerugian
Melainkan yang beriman dan beramal soleh
Gunakan kesempatan yang masih diberi moga kita takkan menyesal
Masa usia kita jangan disiakan kerna ia takkan kembali

Ingat lima perkara sebelum lima perkara
Sihat sebelum sakit
Muda sebelum tua
Kaya sebelum miskin
Lapang sebelum sempit
Hidup sebelum mati

(Ingat lima perkara sebelum lima perkara)
(sihat sebelum sakit)
Muda sebelum tua
Kaya sebelum miskin
Lapang sebelum sempit

(Ingat lima perkara) Hidup sebelum mati
(sebelum lima perkara) Sihat sebelum sakit
(Ingat lima perkara sebelum lima perkara) Muda sebelum tua

(Ingat lima perkara) Kaya sebelum miskin
(sebelum lima perkara) Lapang sebelum sempit
(Ingat lima perkara sebelum lima perkara) Hidup sebelum mati
(Ingat lima perkara sebelum lima perkara) Hidup sebelum mati
(Ingat lima perkara sebelum lima perkara)

Selamat beringat..
Sekian wacana buat kali ini..
PDNS melaporkan..
Wassalam..

~Impian Kasih~

Impian Kasih

Album : Impian Kasih
Munsyid : In-Team


Kasih dengarlah hatiku berbicara
Kasih izinkan diriku bertanya
Bisakah cinta bersemi
Mengundang restu Ilahi
Adakah bahgia yang diimpi
Menjadi satu realiti.

Kasih ku sedari kekurangan diri
Kasih ku insafi kelemahan diri
Ku ingin sunting dirimu
Menjadi permaisuri hatiku
Sebagai isteri yang berbudi
Kebanggaan para suami

Wanita hiasan dunia
Seindah hiasan adalah wanita solehah
Yang akan membahagiakan
Syurga dalam rumahtangga

Hanya itu yang ku inginkan
Dari insan yang amat kusayang
Damaikanlah resah hatiku
Aku rindu kasih dan sayangmu
Terimalah seadanya
Akulah hiasan pelamin hidupmu

Andainya tiada jodoh
Untuk ke singgahsana
Ku pasrahkan segalanya
Kerna takdir yang akan menentukan
Impian kasih

Selamat mendengar lagu tersebut..
Sekian coretan kali ini..
PDNS melaporkan..
Wassalam..

~Selawat Syafaat~

Assalamualaikum dan salam perjuangan..

Sebentar tadi saya baru terbaca sedikit info yang mungkin telah diketahui oleh orang lain.. Tetapi saya baru tahu dan saya sangat bersukur kerana saya mendapat tahu agak tidak terlambat..

Selawat syafaat adalah yang selalu dibacakan pada tahiyyat akhir setiap kali solat.. Bacaannya seperti berikut..

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ
مُحَمَّدٍ، كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى
إِبْرَاهِيمَ وَآلِ إِبْرَاهِيمَ،
وَبَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ
مُحَمَّدٍ، كَمَا بَارَكْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ
وَآلِ إِبْرَاهِيمَ،
فِي الْعَالَمِينَ إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ

Selawat syafaat ini digalakkan dibaca setiap petang 10 kali..

Kelebihan selawat ini jika diamalkan insyallah akan mendapat syafaat daripada Nabi Muhammad s.a.w. di akhirat kelak..

Insyallah.. Marilah bersama-sama kita amalkan..

Sekian ilmu buat kali ini..

PDNS melaporkan..

Wassalam..

Thursday, November 5, 2009

~Jom Beringat~

Assalamualaikum dan salam muhibah..

Cuba kita baca situasi di bawah..
Adakah terkena pada batang hidung kita???

Manusia - Eh,dah subuh dah?
Malaikat - Bangunlah wahai anak Adam, tunaikan solat subuhmu.
Syaitan - Alahhhhhh.. kejaplah,ngantuk ni....awal lagi nie?.zzzzzzzz........

Manusia - Hari ni nak pakai apa ye?
Malaikat - Wahai anak Adam, pakailah pakaian yang menutup aurat..
Syaitan - Ehh,panaslah,takde style langsung,nampak kampung!!!

Manusia - Alamak,dah lewat!
Malaikat - Bersegeralah wahai manusia, nanti terlewat ke pejabat..
Syaitan - Ahhh? awal lagi? mmm..aaahh? suruh si X punchkanlah?

Manusia - Azan sudah kedengaran... .
Malaikat - Wahai anak Adam, bersegeralah menunaikan kewajipan
Syaitan - Baru pukul berapa..rilex lah..awal lagi nie?

Manusia - Eh,eh... tak boleh tengok ini,berdosa...
Malaikat - Wahai anak Adam, alihkanlah pandanganmu,sesungguhnya Allah Maha Melihat dan mengetahui !
Syaitan - Perggghh....best tu...rugi ooo kalau tak tengok nie..

Manusia - Saudaraku sedang melakukan dosa.
Malaikat - Wahai anak Adam,cegahlah ia..
Syaitan - Apa kau sibuk? Jangan jaga tepi kain orang, lantaklahh!

Manusia -Elok kalau aku sampaikan nasihat ini kepada orang lain.
Malaikat - Wahai anak Adam,nasihat-menasihatilah sesama kamu..
Syaitan - Sendiri pikir la,semua dah besar,buat apa susah2...pandai2lah.

Manusia - aku telah berdosa..
Malaikat - Wahai anak Adam, bertaubatlah kamu,sesungguhnya Allah Maha Pengampun. .
Syaitan - Tangguhlah dulu,lain kali boleh bertaubat...lagipun muda hanya sekali..rugila...(kalau sempat la)

Manusia - Kalau pergi, mesti seronok!
Malaikat - Wahai anak Adam,kakimu ingin melangkah ke jalan yg dimurkai Allah,berpalinglah dari jalan itu.
Syaitan - Jangan bimbang,tiada sesiapa yg tahu...Jomlah!

Manusia - Uuhhh! letihnya arini..tak solat lagi nie.
Malaikat - Wahai anak Adam,taatilah Allah dan Rasul-NYA,kebahagiaan di dunia dan akhirat untukmu.Solat itu wajib bagimu...
Syaitan - Hey anak Adam,ikutilah aku,kebahagiaan di dunia (sahaja) dan kebahagiaan diakhirat (jangan mimpilah!) untukmu...

Renung-renungkan dan selamat beramal..
Sekian coretan buat kali ini..
Wassalam..

3 Cara Menjaga Hati..

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Mari berkongsi sedikit ilmu yang baru saya terima sewaktu di surau tadi..

3 cara untuk menjaga hati:-

1. Menjaga aurat..
Jagalah aurat dengan sesempurna mungkin.. Ia akan selalu mengingatkan kita kepada Pencipta dan kita akan kurang melakukan dosa..

2. Selalu mengikuti majlis ilmu..
Kita menambahkan banyak ilmu pengetahuan yang berbeza-beza dan sesekali hati akan terdetik membuat kebaikan..

3. Berkawan dengan orang-orang soleh..
Mereka akan sentiasa memperingatkan kita ke arah kebaikan dan akan selalu berbicara mengenai ilmu sahaja dan akan menjauhi perkara-perkara yang lagha..

Sekian sahaja tarbiah buat kali ini..
PDNS Melaporkan..
Wassalam..

Tuesday, November 3, 2009

~Bila Waktu Telah Berakhir~

Bila Waktu Telah Berakhir

Album : Istighfar
Munsyid : Opick


Bagaimana kau merasa bangga
Akan dunia yang sementara
Bagaimanakah bila semua
Hilang dan pergi meninggalkan dirimu

Bagimanakah bila saatnya
Waktu terhenti tak kau sedari
Masihkah ada jalan bagimu
Untuk kembali mengulang ke masa lalu

Dunia....
Dipenuhi dengan hiasan
Semua....
Dan segala yang ada
Akan kembali padaNnya..

Bila waktu telah memanggil
Teman sejati hanyalah amal
Bila waktu telah terhenti
Teman sejati tinggallah sepi...

Carilah lagu itu.. Dengar-dengarkan dan bersama-samalah kita berfikir..

Wassalam..

Monday, November 2, 2009

~Ainul Mardhiah~

Ainul Mardhiah

Album : You And I See
Munsyid : Unic


Dirimu pembakar semangat perwira
Rela berkorban demi agama
Kau jadi taruhan berjuta pemuda
Yang bakal dinobat sebagai syuhada'
Itulah janji pencipta yang Esa

Engkaulah bidadari dalam syurga
Bersemayam di mahligai bahgia
Anggun gayamu wahai seorang puteri
Indahnya wajah bermandi seri
Menjadi cermin tamsilan kendiri
Untuk melakar satu wacana
Buatmu bernama wanita

Ainul Mardhiah
Kau seharum kuntuman di taman syurga
Menanti hadirnya seorang lelaki
Untuk menjadi bukti cinta sejati

Oh Tuhan
Bisakah dicari di dunia ini
Seorang wanita bak bidadari
Menghulurkan cinta setulus kasih
Di hati lelaki bernama kekasih

Lagu : Putra Aiman
Hijjaz Record Sdn. Bhd.
Lirik : ITO Lara
Gurindam Entertainment

Itu adalah lagu kegemaran saya..
Cubalah cari lagu itu dan dengar-dengarkan..

Wassalam..

Menegur yang salah??

Assalamualaikum dan salam muhibah..

Hari ini saya sedikit sedih.. Perkara yang tidak diingini berlaku dihadapan mata dan saya tidak dapat mencegah..

Di hadapan mata saya sendiri, kawan saya berdating walaupun hakikatnya belajar bersama.. Mereka adalah sepasang "couple" yang sedang belajar bersama.. Saya amat sedih kerana tidak mempunyai kekuatan untuk menegur.. Saya cuma mampu membenci di dalam hati dan itu adalah selemah-lemah iman..

Saya pun bertanya kepada seorang sahabat tentang masalah tersebut.. Sahabat berkata, sebab itu Allah menggalakkan kita melakukan qiamullail.. Dengan qiamullail, kita akan diberi kekuatan untuk menegur kemungkaran..

Subhanallah.. Ilmu baru.. Marilah kita memperbanyakkan qiamullail agar kita diberi kekuatan menegur kemungkaran..

Paling bagus ialah melakukan qiamullail pada 1/3 malam terakhir.. Ini adalah kerana pada waktu itu Allah akan turun ke bumi dan akan memakbulkan semua doa ummatNya yang sedang berqiamullail..

Sama-samalah kita berqiamullail..

Sekian coretan buat kali ini..
PDNS melaporkan..
Wassalam..

Sunday, November 1, 2009

Fakta Mulut Dan Telinga...

Assalamualaikum dam salam perjuangan..

Hari ini saya mendapat info baru.. Pesanan seorang sahabat selepas bersama-sama solat jemaah Isyak.. Saya amat tertarik dengan kata-kata tersebut..
Telinga yang paling dekat dengan mulut yang berkata-kata
akan diuji dahulu...

Telinga siapa yang paling dekat dengan kita tatkala kita berkata-kata?? Tentulah telinga kita..
Pabila kita berkata-kata dan memberi nasihat, kita adalah orang pertama yang akan diuji dengan apa yang kita perkatakan..

Mengapa terjadi begitu?? Ini adalah kerana Allah ingin menguji ummatNya betapa teguhnya dia berpegang kepada nasihat dia terhadap orang yang akan dinasihatnya itu..

Sentiasalah berpegang teguh terhadap apa yang kita nasihatkan kepada orang. Semoga apabila kita diuji, kita dapat mengatasi uji tersebut.. Disitulah diuji kekuatan kita sebagai seorang yang berpegang teguh terhadap nasihat tersebut..

Dan jangan pula kita takut untuk memberi nasihat akibat takut akan diberi ujian.. Manusia tidak pernah lari daripada diberi ujian tak kira apa jua jenis ujian.. Terpulang pada kita untuk mengatasi ujian tersebut.. Ingatlah bahawa setiap ujian Allah kepada ummatNya adalah kerana sayang kepada kita.. Supaya kita menjadi ummat yang terbaik..

Semoga apa yang diperkatakan oleh saya dapat saya laksanakan dan segala ujian dapat ditempuh untuk menjadi seorang yang sentiasa belajar dari kesilapan..

Sekian coretan buat kali ini..
PDNS melaporkan..
Wassalam..

Menzalimi, Memaksa atau Manja Diri???

Assalamualaikum dan salam muhibah..

Sejenak saya berfikir akan kehidupan.. Sungguh meletihkan..
Teringat akan kata-kata ini.. "man jadda wajad".. Sesiapa berusaha, dia dapat..

Tapi bagaimana??

Saya perlulah berusaha demi mendapat apa yang saya mahukan.. Tetapi adakah dengan cara menzalimi atau memaksa diri?? Sudah pasti bukan dengan cara manja diri.. Tapi bagaimana??
Beberapa hari lagi saya bakal menempuh 2 ujian akhir.. Persediaan masih belum mantap.. Saya pun mengambil sedikit waktu tidur untuk mempersiapkan diri akan ujian tersebut..

"ASyuMM".. Kedengaran saya bersin.. Rakan yang mendengar menegur.. Apakah yang berlaku.. Saya pun menceritakan apa yang berlaku..

Beberapa hari ini saya hanya tidur dengan jangka masa 4-6jam sahaja.. Tidak seperti kebiasaannya iaitu 8jam.. Kadang-kadang tidur hingga pukul 2 pagi.. Bangun dalam pukul 4/5.. Memang meletihkan.. Tetapi apa yang saya fikir, ini mungkin dapat membantu saya menyesuaikan diri dengan waktu tidur yang singkat dan keadaan hidup yang memenatkan.. Kerana terlalu risaukan semester yang akan datang.. Kemungkinan jadual akan semakin ketat dan padat dan kekurangan masa.. Saya boleh mengambil peluang ini untuk melatih diri..


Ternyata apa yang sya fikirkan bukanlah yang sepatutnya.. Dengan keadaan saya selsema, muka keletihan, kepenatan dan hampir demam; agak sukar untuk saya fokus dalam belajar.. Sahabat berkata bahawa saya bukan telah memaksa diri, tetapi telah menzalimi diri..

Ya Allah, apa yang telah saya lakukan?? Paksa diri?? Saya cuma nak biasakan diri dengan mengurangkan waktu tidur.. Saya agak tersentap apabila sahabat berkata bahawa di akhirat kelak, kita akan dipersoalkan oleh badan.. Apa yang telah kita lalukan kepadanya.. Terlalu fokus pada aktiviti seharian sehingga lupa untuk menjaga diri sendiri..

Saya pun menelefon ayah untuk menceritakan keadaan saya ini.. Ayah berkata memang saya telah terlalu memaksa diri.. Seorang pelajar sepatutnya mempunyai waktu rehat yang cukup. Otak memerlukan oksigen dan rehat yang cukup untuk berfikir.. Tidak seperti aktiviti fizikal lain yang tidak terlalu mementingkan waktu tidur.. Tetapi aktiviti yang menggunakan otak, kita memang perlu rehat yang cukup dan tidur yang effektif..

Tapi bagaimana pula dengan semester akan datang?? Jadual akan menjadi semakin padat dan ketat yang akan menyebabkan waktu tidur akan berkurangan?? Bukankah lebih baik jika saya membuat persediaan lebih awal.. Tetapi ayah berkata masih terlalu awal untuk membuat persediaan.. Jika kita menghadapi sesuatu situasi, kita akan senang untuk menyesuaikan diri daripada kita tidak menghadapinya tetapi kita cuma mengagak dan membuat persediaan.. Di situlah gunanya akal untuk berfikir.. Kita sendiri harus menyesuaikan diri dengan waktu kita.. Kita sepatutnya tahu bagaimana kita harus mencari waktu rehat itu.. Buat jadual dan ikut supaya masa tidak akan terbazir..

Tapi bagaimana pula jika liat untuk mengikut jadual tersebut?? Di situlah gunanya disiplin.. Kita sepatutnya mendisiplinkan diri dan bukan manja diri.. Jikalau kita sudah setkan masa 6jam untuk tidur dan selepas itu belajar, kita perlulah ikut.. Jikalau kita masih berkata bahawa masih kepenatan, itu namanya manjakan diri.. Jadual juga tidak perlu dibuat terlalu ketat.. Biarlah mengikut kesesuaian masa kita..

Semoga saya dapat menghadapi minggu peperiksaan dengan dalam keadaan sihat dan dapat berfikir dengan tenang.. Alhamdulillah saya mendapat hidayah sebelum saya dilanda sakit semasa peperiksaan.. Marilah bersama-sama kita memperbaiki diri untuk menempuh hidup yang mendatang..

Sekian letehan buat kali ini..

PDNS melaporkan..

Wassalam..

Saturday, October 31, 2009

Khusyuk Dalam Solat Dengan Wuduk???

Assalamualaikum dan salam perpaduan...

Saya ada sedikit ilmu untuk dikongsikan.. Saya baru mendapatkan info ini daripada sahabat tentang wuduk dapat mengkhusyukkan solat.. Bagaimana itu???

1. Berkumur - Niat 'dijauhkan dari berkata perkara-perkara yang tidak elok dan lagha. Dan hanya berkata perkara yang elok sahaja'..

2. Muka - Basuhan pertama niat 'sahaja aku berwuduk kerana Allah taala'.
Basuhan kedua niat 'putihkanlah wajahku diwaktu hari hitamnya wajah-wajah'.
Basuhan ketiga niat 'janganlah kau hitamkan wajahku diwaktu hari putihnya wajah- wajah'.

3. Lengan - Niat 'bagilah aku terima kitab amalanku dengan tangan kananku dan bukan
dengan tangan kiriku'.

4. Kepala - Niat 'jauhkanlah aku dari panas terik diwaktu akhirat nanti'.

5. Telinga - Niat 'jauhkanlah aku dari mendengari perkara-perkara yang tidak baik dan
seterusnya mendengar perkara yang elok-elok sahaja'.

6. Tengkuk - Niat 'jauhkanlah aku daripada rantai seksaan api neraka'.

7. Kaki - Niat 'jauhkanlah kakiku dari melangkah ke tempat-tempat yang tidak elok dan melangkah ke majlis ilmu sahaja. Dan tetapkanlah perjalananku di titian Al-Sirat'.

Itu sahaja yang dapat saya kongsikan buat masa ini.. Sentiasalah kita berdoa dan berharap agar setiap ibadah kita diterima oleh Allah hendaknya.. Berdoalah agar kita mendapat kekhusyukan dalam solat..

Sekian sahaja ilmu buat masa ini..
Wassalam..

Friday, October 30, 2009

Selamat Berjuang Sahabat-Sahabatku..

Salam Muhibah..

Seperti yang diketahui, sekarang pelajar UTM Skudai sedang menghadapi peperiksaan akhir untuk semester 1 2009/2010..

Jadual peperiksaan pelajar fizik tulen tahun 1..

  1. Tamadun Islam dan Tamadum Asia (ULT 1022) - 26 Oktober 2009
  2. Physics 2 (SSP 1133) - 30 Oktober 2009
  3. Intermediate Mathematics (SSH 1013) - 4 November 2009
  4. Statistics (SSH 1133) - 5 November 2009
  5. Physics 1 (SSP 1103) - 9 November 2009

Selamat berjuang sahabat-sahabatku..

As you sow, as you reap.. (apa yang ditanam, itu yang dituai)

Man jadda wajad.. (siapa berusaha, dia dapat)

Ma'at taufiq.. (semoga berjaya)

Udachi (good luck)

Selamat menempuhi alam sebagai pelajar.. Bergembiralah kerana waktu belajar adalah waktu paling menggembirakan.. Just enjoy study!!!

Semoga berjaya diucapkan kepada rakan seperjuangan 1SSZ.. Tidak lupa rakan-rakan di jurusan lain..

Sekian sahaja coretan buat kali ini..
Wassalam..


Ibadah Masa Muda???

Salam Perpaduan..

Ketika sedang berborak dengan seorang sahabat mengenai buku yang dibacanya, saya menjadi tertarik akan isu yang kami bincangkan..

"Mesti susahkan kalau dah kahwin nanti.. Hebat betul ibu bapa kita.. Dapat megurus masa dengan baik.. Si isteri sibuk mengurus rumah tangga, anak-anak, suami.. Yang sudah berkerjaya pula sibuk dengan komitmen kerja.. Si suami pula sibuk dengan urusan mencari nafkah, isteri, anak-anak.. Bagaimana pula dengan ibadah? Mesti agak susah menambah ibadah yang ada akibat daripada terlalu sibuk menguruskan rumah tangga.."

"Sahabatku, antara sebab kita disunatkan menambah ibadah adalah kerana faktor usia.. Kita yang semakin tua akan semakin banyak tanggungjawab.. Mengurus pelbagai perkara.. Tetapi kita tidak sedar.. Kita masih leka.. Sebab itulah kita perlu memperbanyakkan ibadah sunat di usia muda.. Dengan ini, ia akan membantu di usia tua tatkala kita terlalu letih atas banyak perkara.. Kutiplah seberapa banyak pahala di usia muda. Tidak perlu menunggu sehingga tua yang kita tidak pasti sama ada sempat menempuhnya atau tidak.."

Saya menjadi tertarik dengan kata-kata itu.. Kebanyakan yang kita dengar pada zaman sekarang, mereka hanya menunggu waktu tua untuk bertaubat.. tetapi kita tidak pasti bilakah waktu nyawa kita akan dicabut dari jasad.. Dengan itulah kita perlu sentiasa bersiap dengan melakukan ibadah-ibadah dan sentiasa memperbaiki diri..

Seperti yang dapat kita ketahui, ibu bapa kita terlalu banyak berkorban demi keluarga.. Penat lelah yang mereka hadapi hanya Tuhan sahaja yang mengetahui.. Sampai tatkala tidak dapat melakukan solat sunat untuk diri sendiri kerana terlalu sibuk memikirkan komitmen lain.. Di situlah tanggungjawab seorang anak.. Mendoakan ibu bapanya.. Kita perlu ingat bahawa yang membantu seseorang di akhirat kelak antaranya ialah doa seorang anak kepada ibu bapanya.. Kita perlulah membalas jasa mereka yang telah menjadikan kita manusia..

What goes around comes around.. Apa yang dibuat kepada kedua ibu bapa kita insyallah akan dibalas kelak.. Mulakanlah melakukan ibadah-ibadah.. Belajar juga adalah ibadah.. Menuntut sesuatu bidang ilmu dengan serius adalah dakwah.. Perlulah diingat bahawa ibadah nombor satu tetapi belajar bukan nombor dua.. Dua-dua sama pentingnya..
Sekian nurkilan buat masa ini..
Wassalam..

Ayat-Ayat Cinta


Ayat-ayat Cinta...


Karya Habiburrahman El Shirazy.. Sebuah novel yang menyentap jiwa setiap insan yang membacanya.. Berdasarkan pada tajuk sahaja, mungkin kita akan membayangkan kisah-kisah cinta duniawi.. Tapi tidak sepenuhnya.. Boleh dikatakan 90% daripada karya novel ini bukan berdasarkan cinta duniawi semata-mata.. Ada juga diselitkan situasi-situasi dalam Islam yang dapat membantu kehidupan kita serba sedikit..


Ia menceritakan kisah kehidupan seorang musafir yang datang dari Indonesia untuk menuntut ilmu di Cairo.. Sanggup bergadai sawah milik keluarga untuk menuntut ilmu di Mesir..

Sifat rasa tanggungjawab dan ikhlasnya menuntut ilmu hingga akhirnya usaha selama beberapa tahun belajar dan bergadai sawah milik keluarga, sia-sia belaka..

Sarjana yang diperolehinya hilang dalam sekelip mata angkara perkara yang bukan kesalahannya..

Diuji dengan begitu berat seksaan amatlah sukar diatasi apatah lagi dituduh melakukan perkara yang terkutuk malah dibenci oleh dia sendiri..


Banyak memberikan kesedaran kepada kita insan biasa bahawa kekuasaan Allah mampu mengubah segalanya.. Menyedarkan bahawa betapa jahilnya kita selama ini yang lupa dan lalai terhadap Maha Pencipta yang memberikan rezeki, yang sentiasa mendengar keluh kesah hambaNya walaupun kita lalai mengingatinya..


Novel ini banyak memberi semangat dan kekuatan dalam menempuh hidup di dunia.. Bagaimana kita yang mendapat dugaan yang kecil sudah mengeluh; apatah lagi mereka yang mendapat pelbagai dugaan besar tetapi masih mengingati Allah yang Esa.. Menunjukkan bahawa Allah sentiasa membantu hamba-hambaNya walau dalam apa jua keadaan..


Antara ayat-ayat menarik yang dapat diambil dari novel tersebut:-


1. Dari Thomas Carlyle. Seseorang dengan tujuan yang jelas akan membuat kemajuan walaupun jalan yang sulit. Seseorang yang tanpa tujuan tidak akan membuat kemajuan walaupun ia berada di jalan yang lurus.


2. Bahasa Perancis. Tempos edax. Waktu kejam tetapi manusia lebih kejam lagi.


3. Surah Ar-Rahman. Fa bi ayyi alaai rabbikuma tukadziban. Maka nikmat tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?.


4. As you sow, so you will reap. Apa yang anda tanam, itulah yang akan anda petik.


5. Kata-kata Imam Syafie. Memenuhi segala kesesuaian dengan hati semua manusia adalah hal yang tidak mungkin kamu capai.


6. Kata-kata yang kasar lebih menyakitkan daripada tusukan pedang.


7. Surah Ar-Ra'ad ayat 11. Sesungguhnya Allah tidak akan merubah nasib sesuatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah nasibnya.


8. Menekuni bidang ilmu dengan serius adalah dakwah.


9. Wa man yattaqillaha yaj'al lahu makhraja. Siapa yang bertakwa kepada Allah, maka akan diberikan jalan keluar.


10. Man jadda wajad. Siapa yang bersungguh-sungguh, dia dapat.


Antara pengajaran yang dapat dipetik:


1. Sentiasalah kita beringat bahawa Allah sentiasa disisi dan sentiasa membantu kita.. Terpulang kepada kita sendiri sama ada mahu mengingatiNya atau tidak..
2. Ilmu ada di mana-mana.. Sentiasalah berusaha meningkatkan ilmu yang kita ada kerana ilmu Allah di dunia ini terlalu banyak dan semakin banyak kita belajar, semakin jahillah yang kita akan rasa kerana rupanya banyak lagi ilmu di dunia ini yang belum kita perolehi..
3. Perempuan yang baik hanya untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik hanya untuk perempuan yang baik.. Sentiasalah perbaiki diri kita jikalau kita mahukan pasangan baik..
4. Allah hanya akan memakbulkan doa orang yang telah berusaha dan bertawakal kepadanya sahaja.
5. Hidup perlulah dirancang dengan betul.. Dengan tujuan yang jelas dan niat yang betul, insyallah akan dibantu Allah..
6. Jangan terlalu hiraukan kata-kata manusia kerana kita tidak akan pernah dapat memenuhi semua permintaan manusia.. Teruskanlah jika kita merasa kita betul dan sentiasalah meminta daripada pendapat orang lain..
7. Sentiasalah memohon hidayah dari Allah.. Doa juga semoga diberikan ketetapan hati dan iman.. Dan semoga hidayah tidak ditarik oleh Allah..
8. Sentiasa bersyukur dengan segala nikmat yang Allah beri.. Setiap buruk dan baik ada hikmah disebaliknya.. Nikmat akan sekelip mata ditarik oleh Allah jika kita tidak bersyukur walaupun dengan nikmat yang kecil..


Semua patut baca novel ini.. Saya yang tidak suka membaca pun sudah terdorong untuk membaca dan sedang mencari bahan bacaan yang lain pula..
Ayat-ayat Cinta juga ada dirakam sebagai cerita.. Boleh juga menonton cerita itu tetapi agak sedikit berbeza.. Mungkin akan memberi sedikit impak berbanding membaca buku tersebut yang akan mendapat lebih banyak impak.. Ini kerana terdapat sedikit jalan cerita yang diubahsuai menjadikannya tidak berapa seronok berbanding membaca jalan cerita sebenarnya..


Diharap sedikit info ini dapat membantu kita memperbetulkan iman kita dan kembali ke jalanNya.. Semoga hidup akan dirahmati Allah hendaknya.. Sekian nurkilan buat kali ini..
Wassalam....