Islamic Widget

Saturday, October 31, 2009

Khusyuk Dalam Solat Dengan Wuduk???

Assalamualaikum dan salam perpaduan...

Saya ada sedikit ilmu untuk dikongsikan.. Saya baru mendapatkan info ini daripada sahabat tentang wuduk dapat mengkhusyukkan solat.. Bagaimana itu???

1. Berkumur - Niat 'dijauhkan dari berkata perkara-perkara yang tidak elok dan lagha. Dan hanya berkata perkara yang elok sahaja'..

2. Muka - Basuhan pertama niat 'sahaja aku berwuduk kerana Allah taala'.
Basuhan kedua niat 'putihkanlah wajahku diwaktu hari hitamnya wajah-wajah'.
Basuhan ketiga niat 'janganlah kau hitamkan wajahku diwaktu hari putihnya wajah- wajah'.

3. Lengan - Niat 'bagilah aku terima kitab amalanku dengan tangan kananku dan bukan
dengan tangan kiriku'.

4. Kepala - Niat 'jauhkanlah aku dari panas terik diwaktu akhirat nanti'.

5. Telinga - Niat 'jauhkanlah aku dari mendengari perkara-perkara yang tidak baik dan
seterusnya mendengar perkara yang elok-elok sahaja'.

6. Tengkuk - Niat 'jauhkanlah aku daripada rantai seksaan api neraka'.

7. Kaki - Niat 'jauhkanlah kakiku dari melangkah ke tempat-tempat yang tidak elok dan melangkah ke majlis ilmu sahaja. Dan tetapkanlah perjalananku di titian Al-Sirat'.

Itu sahaja yang dapat saya kongsikan buat masa ini.. Sentiasalah kita berdoa dan berharap agar setiap ibadah kita diterima oleh Allah hendaknya.. Berdoalah agar kita mendapat kekhusyukan dalam solat..

Sekian sahaja ilmu buat masa ini..
Wassalam..

Friday, October 30, 2009

Selamat Berjuang Sahabat-Sahabatku..

Salam Muhibah..

Seperti yang diketahui, sekarang pelajar UTM Skudai sedang menghadapi peperiksaan akhir untuk semester 1 2009/2010..

Jadual peperiksaan pelajar fizik tulen tahun 1..

  1. Tamadun Islam dan Tamadum Asia (ULT 1022) - 26 Oktober 2009
  2. Physics 2 (SSP 1133) - 30 Oktober 2009
  3. Intermediate Mathematics (SSH 1013) - 4 November 2009
  4. Statistics (SSH 1133) - 5 November 2009
  5. Physics 1 (SSP 1103) - 9 November 2009

Selamat berjuang sahabat-sahabatku..

As you sow, as you reap.. (apa yang ditanam, itu yang dituai)

Man jadda wajad.. (siapa berusaha, dia dapat)

Ma'at taufiq.. (semoga berjaya)

Udachi (good luck)

Selamat menempuhi alam sebagai pelajar.. Bergembiralah kerana waktu belajar adalah waktu paling menggembirakan.. Just enjoy study!!!

Semoga berjaya diucapkan kepada rakan seperjuangan 1SSZ.. Tidak lupa rakan-rakan di jurusan lain..

Sekian sahaja coretan buat kali ini..
Wassalam..


Ibadah Masa Muda???

Salam Perpaduan..

Ketika sedang berborak dengan seorang sahabat mengenai buku yang dibacanya, saya menjadi tertarik akan isu yang kami bincangkan..

"Mesti susahkan kalau dah kahwin nanti.. Hebat betul ibu bapa kita.. Dapat megurus masa dengan baik.. Si isteri sibuk mengurus rumah tangga, anak-anak, suami.. Yang sudah berkerjaya pula sibuk dengan komitmen kerja.. Si suami pula sibuk dengan urusan mencari nafkah, isteri, anak-anak.. Bagaimana pula dengan ibadah? Mesti agak susah menambah ibadah yang ada akibat daripada terlalu sibuk menguruskan rumah tangga.."

"Sahabatku, antara sebab kita disunatkan menambah ibadah adalah kerana faktor usia.. Kita yang semakin tua akan semakin banyak tanggungjawab.. Mengurus pelbagai perkara.. Tetapi kita tidak sedar.. Kita masih leka.. Sebab itulah kita perlu memperbanyakkan ibadah sunat di usia muda.. Dengan ini, ia akan membantu di usia tua tatkala kita terlalu letih atas banyak perkara.. Kutiplah seberapa banyak pahala di usia muda. Tidak perlu menunggu sehingga tua yang kita tidak pasti sama ada sempat menempuhnya atau tidak.."

Saya menjadi tertarik dengan kata-kata itu.. Kebanyakan yang kita dengar pada zaman sekarang, mereka hanya menunggu waktu tua untuk bertaubat.. tetapi kita tidak pasti bilakah waktu nyawa kita akan dicabut dari jasad.. Dengan itulah kita perlu sentiasa bersiap dengan melakukan ibadah-ibadah dan sentiasa memperbaiki diri..

Seperti yang dapat kita ketahui, ibu bapa kita terlalu banyak berkorban demi keluarga.. Penat lelah yang mereka hadapi hanya Tuhan sahaja yang mengetahui.. Sampai tatkala tidak dapat melakukan solat sunat untuk diri sendiri kerana terlalu sibuk memikirkan komitmen lain.. Di situlah tanggungjawab seorang anak.. Mendoakan ibu bapanya.. Kita perlu ingat bahawa yang membantu seseorang di akhirat kelak antaranya ialah doa seorang anak kepada ibu bapanya.. Kita perlulah membalas jasa mereka yang telah menjadikan kita manusia..

What goes around comes around.. Apa yang dibuat kepada kedua ibu bapa kita insyallah akan dibalas kelak.. Mulakanlah melakukan ibadah-ibadah.. Belajar juga adalah ibadah.. Menuntut sesuatu bidang ilmu dengan serius adalah dakwah.. Perlulah diingat bahawa ibadah nombor satu tetapi belajar bukan nombor dua.. Dua-dua sama pentingnya..
Sekian nurkilan buat masa ini..
Wassalam..

Ayat-Ayat Cinta


Ayat-ayat Cinta...


Karya Habiburrahman El Shirazy.. Sebuah novel yang menyentap jiwa setiap insan yang membacanya.. Berdasarkan pada tajuk sahaja, mungkin kita akan membayangkan kisah-kisah cinta duniawi.. Tapi tidak sepenuhnya.. Boleh dikatakan 90% daripada karya novel ini bukan berdasarkan cinta duniawi semata-mata.. Ada juga diselitkan situasi-situasi dalam Islam yang dapat membantu kehidupan kita serba sedikit..


Ia menceritakan kisah kehidupan seorang musafir yang datang dari Indonesia untuk menuntut ilmu di Cairo.. Sanggup bergadai sawah milik keluarga untuk menuntut ilmu di Mesir..

Sifat rasa tanggungjawab dan ikhlasnya menuntut ilmu hingga akhirnya usaha selama beberapa tahun belajar dan bergadai sawah milik keluarga, sia-sia belaka..

Sarjana yang diperolehinya hilang dalam sekelip mata angkara perkara yang bukan kesalahannya..

Diuji dengan begitu berat seksaan amatlah sukar diatasi apatah lagi dituduh melakukan perkara yang terkutuk malah dibenci oleh dia sendiri..


Banyak memberikan kesedaran kepada kita insan biasa bahawa kekuasaan Allah mampu mengubah segalanya.. Menyedarkan bahawa betapa jahilnya kita selama ini yang lupa dan lalai terhadap Maha Pencipta yang memberikan rezeki, yang sentiasa mendengar keluh kesah hambaNya walaupun kita lalai mengingatinya..


Novel ini banyak memberi semangat dan kekuatan dalam menempuh hidup di dunia.. Bagaimana kita yang mendapat dugaan yang kecil sudah mengeluh; apatah lagi mereka yang mendapat pelbagai dugaan besar tetapi masih mengingati Allah yang Esa.. Menunjukkan bahawa Allah sentiasa membantu hamba-hambaNya walau dalam apa jua keadaan..


Antara ayat-ayat menarik yang dapat diambil dari novel tersebut:-


1. Dari Thomas Carlyle. Seseorang dengan tujuan yang jelas akan membuat kemajuan walaupun jalan yang sulit. Seseorang yang tanpa tujuan tidak akan membuat kemajuan walaupun ia berada di jalan yang lurus.


2. Bahasa Perancis. Tempos edax. Waktu kejam tetapi manusia lebih kejam lagi.


3. Surah Ar-Rahman. Fa bi ayyi alaai rabbikuma tukadziban. Maka nikmat tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?.


4. As you sow, so you will reap. Apa yang anda tanam, itulah yang akan anda petik.


5. Kata-kata Imam Syafie. Memenuhi segala kesesuaian dengan hati semua manusia adalah hal yang tidak mungkin kamu capai.


6. Kata-kata yang kasar lebih menyakitkan daripada tusukan pedang.


7. Surah Ar-Ra'ad ayat 11. Sesungguhnya Allah tidak akan merubah nasib sesuatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah nasibnya.


8. Menekuni bidang ilmu dengan serius adalah dakwah.


9. Wa man yattaqillaha yaj'al lahu makhraja. Siapa yang bertakwa kepada Allah, maka akan diberikan jalan keluar.


10. Man jadda wajad. Siapa yang bersungguh-sungguh, dia dapat.


Antara pengajaran yang dapat dipetik:


1. Sentiasalah kita beringat bahawa Allah sentiasa disisi dan sentiasa membantu kita.. Terpulang kepada kita sendiri sama ada mahu mengingatiNya atau tidak..
2. Ilmu ada di mana-mana.. Sentiasalah berusaha meningkatkan ilmu yang kita ada kerana ilmu Allah di dunia ini terlalu banyak dan semakin banyak kita belajar, semakin jahillah yang kita akan rasa kerana rupanya banyak lagi ilmu di dunia ini yang belum kita perolehi..
3. Perempuan yang baik hanya untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik hanya untuk perempuan yang baik.. Sentiasalah perbaiki diri kita jikalau kita mahukan pasangan baik..
4. Allah hanya akan memakbulkan doa orang yang telah berusaha dan bertawakal kepadanya sahaja.
5. Hidup perlulah dirancang dengan betul.. Dengan tujuan yang jelas dan niat yang betul, insyallah akan dibantu Allah..
6. Jangan terlalu hiraukan kata-kata manusia kerana kita tidak akan pernah dapat memenuhi semua permintaan manusia.. Teruskanlah jika kita merasa kita betul dan sentiasalah meminta daripada pendapat orang lain..
7. Sentiasalah memohon hidayah dari Allah.. Doa juga semoga diberikan ketetapan hati dan iman.. Dan semoga hidayah tidak ditarik oleh Allah..
8. Sentiasa bersyukur dengan segala nikmat yang Allah beri.. Setiap buruk dan baik ada hikmah disebaliknya.. Nikmat akan sekelip mata ditarik oleh Allah jika kita tidak bersyukur walaupun dengan nikmat yang kecil..


Semua patut baca novel ini.. Saya yang tidak suka membaca pun sudah terdorong untuk membaca dan sedang mencari bahan bacaan yang lain pula..
Ayat-ayat Cinta juga ada dirakam sebagai cerita.. Boleh juga menonton cerita itu tetapi agak sedikit berbeza.. Mungkin akan memberi sedikit impak berbanding membaca buku tersebut yang akan mendapat lebih banyak impak.. Ini kerana terdapat sedikit jalan cerita yang diubahsuai menjadikannya tidak berapa seronok berbanding membaca jalan cerita sebenarnya..


Diharap sedikit info ini dapat membantu kita memperbetulkan iman kita dan kembali ke jalanNya.. Semoga hidup akan dirahmati Allah hendaknya.. Sekian nurkilan buat kali ini..
Wassalam....