Islamic Widget

Friday, October 30, 2009

Ayat-Ayat Cinta


Ayat-ayat Cinta...


Karya Habiburrahman El Shirazy.. Sebuah novel yang menyentap jiwa setiap insan yang membacanya.. Berdasarkan pada tajuk sahaja, mungkin kita akan membayangkan kisah-kisah cinta duniawi.. Tapi tidak sepenuhnya.. Boleh dikatakan 90% daripada karya novel ini bukan berdasarkan cinta duniawi semata-mata.. Ada juga diselitkan situasi-situasi dalam Islam yang dapat membantu kehidupan kita serba sedikit..


Ia menceritakan kisah kehidupan seorang musafir yang datang dari Indonesia untuk menuntut ilmu di Cairo.. Sanggup bergadai sawah milik keluarga untuk menuntut ilmu di Mesir..

Sifat rasa tanggungjawab dan ikhlasnya menuntut ilmu hingga akhirnya usaha selama beberapa tahun belajar dan bergadai sawah milik keluarga, sia-sia belaka..

Sarjana yang diperolehinya hilang dalam sekelip mata angkara perkara yang bukan kesalahannya..

Diuji dengan begitu berat seksaan amatlah sukar diatasi apatah lagi dituduh melakukan perkara yang terkutuk malah dibenci oleh dia sendiri..


Banyak memberikan kesedaran kepada kita insan biasa bahawa kekuasaan Allah mampu mengubah segalanya.. Menyedarkan bahawa betapa jahilnya kita selama ini yang lupa dan lalai terhadap Maha Pencipta yang memberikan rezeki, yang sentiasa mendengar keluh kesah hambaNya walaupun kita lalai mengingatinya..


Novel ini banyak memberi semangat dan kekuatan dalam menempuh hidup di dunia.. Bagaimana kita yang mendapat dugaan yang kecil sudah mengeluh; apatah lagi mereka yang mendapat pelbagai dugaan besar tetapi masih mengingati Allah yang Esa.. Menunjukkan bahawa Allah sentiasa membantu hamba-hambaNya walau dalam apa jua keadaan..


Antara ayat-ayat menarik yang dapat diambil dari novel tersebut:-


1. Dari Thomas Carlyle. Seseorang dengan tujuan yang jelas akan membuat kemajuan walaupun jalan yang sulit. Seseorang yang tanpa tujuan tidak akan membuat kemajuan walaupun ia berada di jalan yang lurus.


2. Bahasa Perancis. Tempos edax. Waktu kejam tetapi manusia lebih kejam lagi.


3. Surah Ar-Rahman. Fa bi ayyi alaai rabbikuma tukadziban. Maka nikmat tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?.


4. As you sow, so you will reap. Apa yang anda tanam, itulah yang akan anda petik.


5. Kata-kata Imam Syafie. Memenuhi segala kesesuaian dengan hati semua manusia adalah hal yang tidak mungkin kamu capai.


6. Kata-kata yang kasar lebih menyakitkan daripada tusukan pedang.


7. Surah Ar-Ra'ad ayat 11. Sesungguhnya Allah tidak akan merubah nasib sesuatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah nasibnya.


8. Menekuni bidang ilmu dengan serius adalah dakwah.


9. Wa man yattaqillaha yaj'al lahu makhraja. Siapa yang bertakwa kepada Allah, maka akan diberikan jalan keluar.


10. Man jadda wajad. Siapa yang bersungguh-sungguh, dia dapat.


Antara pengajaran yang dapat dipetik:


1. Sentiasalah kita beringat bahawa Allah sentiasa disisi dan sentiasa membantu kita.. Terpulang kepada kita sendiri sama ada mahu mengingatiNya atau tidak..
2. Ilmu ada di mana-mana.. Sentiasalah berusaha meningkatkan ilmu yang kita ada kerana ilmu Allah di dunia ini terlalu banyak dan semakin banyak kita belajar, semakin jahillah yang kita akan rasa kerana rupanya banyak lagi ilmu di dunia ini yang belum kita perolehi..
3. Perempuan yang baik hanya untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik hanya untuk perempuan yang baik.. Sentiasalah perbaiki diri kita jikalau kita mahukan pasangan baik..
4. Allah hanya akan memakbulkan doa orang yang telah berusaha dan bertawakal kepadanya sahaja.
5. Hidup perlulah dirancang dengan betul.. Dengan tujuan yang jelas dan niat yang betul, insyallah akan dibantu Allah..
6. Jangan terlalu hiraukan kata-kata manusia kerana kita tidak akan pernah dapat memenuhi semua permintaan manusia.. Teruskanlah jika kita merasa kita betul dan sentiasalah meminta daripada pendapat orang lain..
7. Sentiasalah memohon hidayah dari Allah.. Doa juga semoga diberikan ketetapan hati dan iman.. Dan semoga hidayah tidak ditarik oleh Allah..
8. Sentiasa bersyukur dengan segala nikmat yang Allah beri.. Setiap buruk dan baik ada hikmah disebaliknya.. Nikmat akan sekelip mata ditarik oleh Allah jika kita tidak bersyukur walaupun dengan nikmat yang kecil..


Semua patut baca novel ini.. Saya yang tidak suka membaca pun sudah terdorong untuk membaca dan sedang mencari bahan bacaan yang lain pula..
Ayat-ayat Cinta juga ada dirakam sebagai cerita.. Boleh juga menonton cerita itu tetapi agak sedikit berbeza.. Mungkin akan memberi sedikit impak berbanding membaca buku tersebut yang akan mendapat lebih banyak impak.. Ini kerana terdapat sedikit jalan cerita yang diubahsuai menjadikannya tidak berapa seronok berbanding membaca jalan cerita sebenarnya..


Diharap sedikit info ini dapat membantu kita memperbetulkan iman kita dan kembali ke jalanNya.. Semoga hidup akan dirahmati Allah hendaknya.. Sekian nurkilan buat kali ini..
Wassalam....

1 comment:

atikah shaari said...

salam mujahidahku,semoga dapat terus kekal dengan kebaikan.dikurniakan sahabat yang baik dan mampu membawa kita ke jalan kebenaran,ialah hadiah ALLAH yang paling berharga.bawalah dirimu untuk sama-sama berada di saff perjuangan bersama sahabat-sahabatmu..asif jiddan,ana tak mampu nak bersama kalian sentiasa,tuntutan gerak kerja sentiasa menghalang ana dari terus bergembira di samping sahabat.namun,satu yang pasti.nama antunna kekal terpahat di hati ini.perbaiki diri dan serulah yang lain..uhibbuki fillah..-jaga diri ya?jaga azy,haha,nad,syud skali.ana tak mampu untuk sentiasa berada di samping kalian.jangan gtau azy juga ea?-