Islamic Widget

Friday, January 22, 2010

Beramal dengan ilmu..

Assalamualaikum..

Surah Al-Saff ayat 3 (61:3)


Amat besar kebencian disisi Allah, kerana kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu perbuat.
Beramal dengan ilmu yang telah kita perolehi..
Terdapat pelbagai cara untuk beramal dengan ilmu yang ada..
1. Melakukannya dengan pebuatan.. Buat seperti apa yang diperkatakan..
(cth : solat dan menutup aurat)
2. Menyampaikannya..
(cth : guru dan pensyarah, ajar bisnes tak semestinya ada bisnes sendiri)
3. Beramal dengan ilmu juga perlu mengikut tempat dan keadaan..
(cth : takkan nak amalkan calculus dalam hubungan etnik.. Cara nak beramal dengan ilmu calculus perlu bertempat iaitu dalam subjek fizik..)

Selamat beramal dengan ilmu yang ada..
Wassalam..

~Ibadul Rahman~

Assalamualaikum..

Surah Al-Furqan ayat 63-77 (25:63-77)

Dalam ayat tersebut, terdapat 12 ciri-ciri ibadul Rahman (hamba-hamba yang Maha Pengasih)
1. Orang yang berjalan di muka bumi dengan tidak menyombong diri (takbur) dan rendah hati (tawadu')
2. Apabila dihina, memberikan keselamatan serta doa kepada yang menghina..
3. Menghabiskan waktu malam dengan beribadah (qiamullail)
4. Takut kepada seksaan Allah (azab neraka)
5. Menginfakkan harta ke jalan Allah (bersedekah) dan tidak boros serta kedekut.
6. Tidak menyembah selain daripada Allah
7. Tidak membunuh manusia dan menghargai kehidupan
8. Tidak berzina (berbuat jahat)
9. Orang yang sentiasa bertaubat
10. Tidak menjadi saksi palsu dan tidak suka bercakap kosong dan membuang masa dengan perkara yang tidak bermanfaat.
11. Berusaha memahami ayat-ayat Allah
12. Sentiasa mendoakan kebaikan serta kesejateraan untuk keluarga

Sentiasalah berusaha ke arah menjadi Ibadul Rahman..
Wassalam..

Sambungan kepada post ~Jom Beringat~..

Assalamualaikum semua..

Dalil yang saya dapat baru-baru ini mungkin boleh menjadi sambungan kepada post saya yang lepas bertajuk ~Jom Beringat~..

Surah Ibrahim ayat 22..


Dan berkata syaitan ketika perkara (hisab) telah diselesaikan, "Sesungguhnya Allah telah menjanjikan kepadamu janji yang benar, dan aku pun telah menjanjikan kepadamu tetapi aku menyalahinya. Tidak ada kekuasaan bagiku terhadapmu, melainkan (sekadar) aku menyeru kamu lalu kamu mematuhi seruanku, oleh sebab itu janganlah kamu mencerca aku, tetapi cercalah dirimu sendiri. Aku tidak dapat menolongmu dan kamu pun tidak dapat menolongku. Sesungguhnya aku tidak membenarkan perbuatanmu mempersekutukan aku (dengan Allah) sejak dahulu. "Sungguh orang yang zalim akan mendapat siksaan yang pedih.

Ayat ini jelas menyatakan bahawa syaitan itu sendiri hanya mampu menyeru manusia membuat kemungkaran, tidak pula dipaksa-paksa manusia itu.. Manusia yang mengikut seruan itu dan melakukan kemungkaran.. Jangan disalahkan syaitan, kerananya manusia berbuat kemungkaran, yang menghasut dan menyeru kepada kemungkaran.. Tetapi salahkan dan cerca diri sendiri kerana manusia yang mengikut seruan itu tanpa paksaan.. Syaitan juga berkata janji Allah adalah janji yang benar dan janji syaitan dusta.. Tetapi mengapa manusia masih mengikut seruan syaitan itu??

Tepuk dada tanya iman..
Wassalam..

Maaf kepada semua..

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia..

Maaf kepada sahabat-sahabat yang menunggu post terbaru..
Balik bercuti di rumah, tidak ada internet.. Broadband pula tidak dapat digunakan kerana kedudukan rumah terletak di kampung..

Balik semula ke UTM, segala kekuatan yang dibina selama ini semakin lama semakin lemah..
Berusaha mencari kebenaran dan kekuatan kembali..
Alhamdulillah kekuatan telah dapat dicari cuma perlu digilap dan istiqamah selalu..

Maaf kepada semua yang menunggu.. Saya akan memulakan azam baru di semester baru dengan kekuatan yang baru.. Insyallah saya akan post blog paling kurang seminggu sekali..

Asif sekali lagi..
Wassalam..