Islamic Widget

Friday, January 22, 2010

Sambungan kepada post ~Jom Beringat~..

Assalamualaikum semua..

Dalil yang saya dapat baru-baru ini mungkin boleh menjadi sambungan kepada post saya yang lepas bertajuk ~Jom Beringat~..

Surah Ibrahim ayat 22..


Dan berkata syaitan ketika perkara (hisab) telah diselesaikan, "Sesungguhnya Allah telah menjanjikan kepadamu janji yang benar, dan aku pun telah menjanjikan kepadamu tetapi aku menyalahinya. Tidak ada kekuasaan bagiku terhadapmu, melainkan (sekadar) aku menyeru kamu lalu kamu mematuhi seruanku, oleh sebab itu janganlah kamu mencerca aku, tetapi cercalah dirimu sendiri. Aku tidak dapat menolongmu dan kamu pun tidak dapat menolongku. Sesungguhnya aku tidak membenarkan perbuatanmu mempersekutukan aku (dengan Allah) sejak dahulu. "Sungguh orang yang zalim akan mendapat siksaan yang pedih.

Ayat ini jelas menyatakan bahawa syaitan itu sendiri hanya mampu menyeru manusia membuat kemungkaran, tidak pula dipaksa-paksa manusia itu.. Manusia yang mengikut seruan itu dan melakukan kemungkaran.. Jangan disalahkan syaitan, kerananya manusia berbuat kemungkaran, yang menghasut dan menyeru kepada kemungkaran.. Tetapi salahkan dan cerca diri sendiri kerana manusia yang mengikut seruan itu tanpa paksaan.. Syaitan juga berkata janji Allah adalah janji yang benar dan janji syaitan dusta.. Tetapi mengapa manusia masih mengikut seruan syaitan itu??

Tepuk dada tanya iman..
Wassalam..

No comments: