Islamic Widget

Sunday, November 1, 2009

Menzalimi, Memaksa atau Manja Diri???

Assalamualaikum dan salam muhibah..

Sejenak saya berfikir akan kehidupan.. Sungguh meletihkan..
Teringat akan kata-kata ini.. "man jadda wajad".. Sesiapa berusaha, dia dapat..

Tapi bagaimana??

Saya perlulah berusaha demi mendapat apa yang saya mahukan.. Tetapi adakah dengan cara menzalimi atau memaksa diri?? Sudah pasti bukan dengan cara manja diri.. Tapi bagaimana??
Beberapa hari lagi saya bakal menempuh 2 ujian akhir.. Persediaan masih belum mantap.. Saya pun mengambil sedikit waktu tidur untuk mempersiapkan diri akan ujian tersebut..

"ASyuMM".. Kedengaran saya bersin.. Rakan yang mendengar menegur.. Apakah yang berlaku.. Saya pun menceritakan apa yang berlaku..

Beberapa hari ini saya hanya tidur dengan jangka masa 4-6jam sahaja.. Tidak seperti kebiasaannya iaitu 8jam.. Kadang-kadang tidur hingga pukul 2 pagi.. Bangun dalam pukul 4/5.. Memang meletihkan.. Tetapi apa yang saya fikir, ini mungkin dapat membantu saya menyesuaikan diri dengan waktu tidur yang singkat dan keadaan hidup yang memenatkan.. Kerana terlalu risaukan semester yang akan datang.. Kemungkinan jadual akan semakin ketat dan padat dan kekurangan masa.. Saya boleh mengambil peluang ini untuk melatih diri..


Ternyata apa yang sya fikirkan bukanlah yang sepatutnya.. Dengan keadaan saya selsema, muka keletihan, kepenatan dan hampir demam; agak sukar untuk saya fokus dalam belajar.. Sahabat berkata bahawa saya bukan telah memaksa diri, tetapi telah menzalimi diri..

Ya Allah, apa yang telah saya lakukan?? Paksa diri?? Saya cuma nak biasakan diri dengan mengurangkan waktu tidur.. Saya agak tersentap apabila sahabat berkata bahawa di akhirat kelak, kita akan dipersoalkan oleh badan.. Apa yang telah kita lalukan kepadanya.. Terlalu fokus pada aktiviti seharian sehingga lupa untuk menjaga diri sendiri..

Saya pun menelefon ayah untuk menceritakan keadaan saya ini.. Ayah berkata memang saya telah terlalu memaksa diri.. Seorang pelajar sepatutnya mempunyai waktu rehat yang cukup. Otak memerlukan oksigen dan rehat yang cukup untuk berfikir.. Tidak seperti aktiviti fizikal lain yang tidak terlalu mementingkan waktu tidur.. Tetapi aktiviti yang menggunakan otak, kita memang perlu rehat yang cukup dan tidur yang effektif..

Tapi bagaimana pula dengan semester akan datang?? Jadual akan menjadi semakin padat dan ketat yang akan menyebabkan waktu tidur akan berkurangan?? Bukankah lebih baik jika saya membuat persediaan lebih awal.. Tetapi ayah berkata masih terlalu awal untuk membuat persediaan.. Jika kita menghadapi sesuatu situasi, kita akan senang untuk menyesuaikan diri daripada kita tidak menghadapinya tetapi kita cuma mengagak dan membuat persediaan.. Di situlah gunanya akal untuk berfikir.. Kita sendiri harus menyesuaikan diri dengan waktu kita.. Kita sepatutnya tahu bagaimana kita harus mencari waktu rehat itu.. Buat jadual dan ikut supaya masa tidak akan terbazir..

Tapi bagaimana pula jika liat untuk mengikut jadual tersebut?? Di situlah gunanya disiplin.. Kita sepatutnya mendisiplinkan diri dan bukan manja diri.. Jikalau kita sudah setkan masa 6jam untuk tidur dan selepas itu belajar, kita perlulah ikut.. Jikalau kita masih berkata bahawa masih kepenatan, itu namanya manjakan diri.. Jadual juga tidak perlu dibuat terlalu ketat.. Biarlah mengikut kesesuaian masa kita..

Semoga saya dapat menghadapi minggu peperiksaan dengan dalam keadaan sihat dan dapat berfikir dengan tenang.. Alhamdulillah saya mendapat hidayah sebelum saya dilanda sakit semasa peperiksaan.. Marilah bersama-sama kita memperbaiki diri untuk menempuh hidup yang mendatang..

Sekian letehan buat kali ini..

PDNS melaporkan..

Wassalam..

1 comment:

nur atikah shaari said...

kesimpulannya,jangan terlalu memaksa diri anda.tapi jangan juga memanjakan diri..faham??