Islamic Widget

Monday, April 19, 2010

Perjuangan selesai seketika..

Akhirnya telah berakhir semester 2 tahun 1..

Peperiksaan akhir telah kami hadapi dengan pelbagai perasaan..
Loving??
Perasaan yang ini tak ada rasanya..

Bored??
Rasa nak muntah baca banyak sangat fizik..
Semester ini, kami perlu hadapi 4 subjek fizik yang membunuh..

Happy??
Sebab kami akan habis semester yang teruk ini serta dapat pulang ke pangkuan keluarga setelah beberapa bulan tidak pulang (macam tinggal kat oversea plak susah sangat nak balik.. hehe)..

Sad??
Sebab semester ini kami hadapi dengan pelbagai dugaan yang pelik-pelik berbanding semester lepas yang agak kurang sibuk kerana jam kredit yang sedikit..

Excited??
Sebab kami bakal menjadi senior kepada junior-junior yang bakal masuk..
Tak sabar rasanya mahu membantu mereka..

Angry??
Marah pada diri sendiri yang tak berapa pandai mengurus..
Sebab semester ini tak belajar betul-betul..
Maksudnya, terlalu fokus mencari ilmu lain, aktif sana sini sehinggakan terlupa bahawa semester ini banyak subjek-subjek membunuh..

Selepas seminggu study week, tibalah waktu yang mendebarkan iaitu peperiksaan akhir..
Antara subjek yang diambil semester ini :

1. Optics; 5/4/10; KRP; 9 pagi.. (subjek pembunuh bersiri 1)
2. English For Academic Communication; 7/4/10; MSI; 9 pagi..
3. Hubungan Etnik; 9/4/10; MSI; 9 pagi..
4. Basic Electronic; 12/4/10; KTF; 9 pagi.. (subjek kegemaran tapi susah nak score)
5. Modern Pysics; 14/4/10; KRP; 9 pagi.. (subjek pembunuh bersiri 3)
6. Thermodynamics; 16/4/10; KRP; 9 pagi.. (subjek pembunuh bersiri 2)

Sedang final pun, macam-macam masalah kami hadapi:

1. Kuota pengetua.. Kelam kabut.. Ramai Exco tidak diberi pembelaan.. Nasib baik saya mohon bilik JKM.. terselamat sedikit.. Tetapi kesian yang lain tergapai-gapai berjuang mendapatkan bilik untuk semester hadapan..

2. Meeting.. Tengah-tengah final pun nak buat meeting.. Sudah-sudah la tu.. Penat..

3. Stor penyimpanan barang.. Nasib baik final kami habis cepat.. Sebab bermasalah dengan stor simpan barang.. Tak ada kunci.. simpan dalam surau.. Cepat sangat kunci.. Tak sempat ambil Al-Quran dan telekung di dalamnya.. Sadis..

Insyallah semester hadapan saya akan berpindah di bilik JKM.. Seorang satu bilik..
Terasa rindu dengan S19 dan suraunya.. Kenangan setahun disini..
Teringat kali pertama menjejakkan kaki di blok ini.. Adik-adik saya memanggil blok ini blok berhantu.. huhu..

Mungkin kerana rupanya yang sedikit hodoh..

Waktu cuti semester ini, blok ini akan dicat baru..

Beruntung la junior-junior kami.. hehe..

Agak sedih kerana semester ini saya kurang motivasi dan terlalu sibuk dengan pelbagai program..

Keputusan semester ini walaupun dapat merasakan kehangatan keterukan keputusan, namun saya redha kerana ini menyedarkan saya supaya lebih berhati-hati..

Harapan saya semoga keputusan kami semua cemerlang with flying colours.. Tak flying pun colourful pun jadi la.. hehe..

Dan semoga jadi lebih bermotivasi pada semester akan datang dan mengaut segala ilmu yang mencurah-curah di bumi UTM ini untuk mencapai impian sebagai Prof Dr Nur Suhaili..

No comments: