Islamic Widget

Tuesday, November 2, 2010

Law Of Attraction..


Salam semua..

Have you heard a book which entitled "Law Of Attraction"?

Recently (01/11/10), something happen to me which I can relate it to the law..

Mula2 sekali bawa motor baruku datang ke UTM dan membawanya, aku cukup takut dengan satu simpang yang berdekatan dengan sekolah rendah.. Setiap kali lalu di situ, ketakutan itu akan datang kerana di simpang itu agak bahaya..

Akhirnya, tiba tarikh 01/11/10, 4 petang.. Tatkala itu dalam perjalanan ke Meranti untuk membeli juadah makan tengah hari (agak lewat kot makan tengah hari.. hehe).. Bersama membonceng di belakang, Bunda Ena (Kak Ena, kakak usrah).. Mendekati simpang itu, terlihat sebuah kereta Kancil purple yang teragak2 untuk meneruskan perjalanan di simpang itu.. Daripada jauh telahku kurangkan kelajuan dengan membrek tatkala melihat kereta itu (laju sebab sedang menuruni bukit).. Kereta itu kelihatan seperti hendak berhenti di simpang itu.. Memang sepatutnya kereta itu perlu berhenti dan memberil aluan kepadaku dahulu kerana itu laluanku.. Aku pun meningkat kelajuan.. Dengan tidak semena2, kereta itu tiba2 keluar dari simpang dan motorku yang sudah meningkat kelajuan menghentamnya(nasib baik sempat brek sikit.. kurang sikit impak menghentamnya).. Maka bergoleklah aku dan Bunda Ena di atas jalan raya betul2 di atas garisan pembahagi jalan dua hala itu.. Bertentangan dengan arah motor aku, bas yang nasib baik kurang kelajuannya.. Kalau tidak, memang habis kami dilenyek oleh bas pula.. Alhamdulillah, Allah masih mahu pelihara kami.. Foreigner lelaki(tak sempat nak ucap terima kasih sebab dia terus naik bas semula tanpa dapat melihat mukanya) dalam bas itu keluar dan tolong saya mengangkat motor dan membawa ke tepi.. Tatkala itu saya hanya mampu berbaring dan tidak mampu berbuat apa, apatah lagi berfikir apa yang perlu dilakukan.. Mereka (Bunda Ena dan foreinger lelaki) tolong angkat saya yang berbaring kepeningan akibat hentakan di kepala.. Agak kuat gegarannya.. Sebelum kami keluar membeli makanan, kami terasa malas memakai topi keledar.. Tetiba hati tergerak dan memakainya juga.. Ternyata, Allah memelihara kami lagi.. Alhamdulillah..

Setelah motor ditolak ke tepi, jalan agak sesak kerana kejadian berlaku di simpang dan tatkala itu sedang peak hour.. Yang membawa kancil tadi ialah seorang perempuan arab.. Dia menyatakan bahawa itu kesalahan saya sedangkan sudah terang lagi bersuluh itu jalan saya dan dia yang sepatutnya berhenti.. Dengan keadaan kepala yang masih pening, kami menyuruh perempuan itu pergi sahaja kerana tidak mahu berbalah di situ..(silap kami jugak kot sebab tak ambil contact number dengan no plat kereta tu).. Setelah diperiksa, motor cuma sedikit kecederaan.. Kemek sedikit di pedal pemijak gear, side mirror kiri longgar dan sedikit calar.. (semuanya di sebelah kiri sebab motor itu jatuh ke kiri)..

Kecederaan kami juga semuaya di sebelah kiri.. Bunda Ena patah tangan kiri.. Saya luka di kaki dan jari tangan, bengkak di siku tangan dan tengkuk yang sakit(bangun pagi je kepala tak boleh pusing ke kiri dan kanan apatah lagi mendongak).. Bahu dan sedikit anggota kiri sakit2.. Sekali lagi Allah memeliharaku.. Tatkala aku membawa motor itu, aku memakai pakaian tebal dan memakai stokin.. 2 perkara yang Allah pelihara di situ.. Dengan pakaian tebal, kurang sikit kecederaanku.. Lagi satu, pakaian mahupun stokin tidak koyak(aurat..haha).. Tetapi selepas membukanya, luka di dalam.. adush..

Banyak hikmah daripada peristiwa itu..
1) Sebagai kafarah dosa buatku.. Baru paginya hati tergerak, kenapa dah lama tak sakit? Allah tak sayang pada aku lagi ke? Tak nak bagi kafarah dosa untuk aku ke? Ok, mungkin sebab near final exam dan Allah beri aku kesihatan agar mudah aku nak belajar(bersangka baik). Tapi petangnya direct Allah bagi apa yang aku nak.. Ternyata, Allah saaaangaaaat baik.. Beri apa yang hambaNya nak tetapi penuh dengan hikmah disebaliknya.. Yang paling seronok, ternyata Allah masih sayangkan aku..
2) Peringatan buatku.. Sebab aku suka bawa motor dengan agak laju kot.. hehe..
3) Allah bagi peluang untuk fokus belajar.. Aku ni suka beraktiviti.. Ada saje benda nak buat dalam satu hari.. Macam2 aktiviti nak buat.. Walaupun dalam keadaan badan yang sakit2, Allah suruh berehat kat bilik je dan belajar kat bilik.. Kurangkan beraktiviti kat luar.. Ye la, dah sakit mana la rajin nak keluar bilik.. huhu..
4) Allah nak tunjukkan keikhlasan sahabat2 di sekeliling.. Walaupun luka tak la teruk mana pun, tapi ramai pulak yang datang melawat.. Macam serious sangat je.. hihi.. terima kasih ye semua..
5) Allah nak tengok kesungguhan aku untuk pergi satu program pada (02/11/10) esoknya.. Sakit2 badan pun, tetap kuatkan diri untuk bangun dan pergi program tu.. Sakit kot tengkuk tak boleh nak pusing.. Dah la dalam program tu ada explorace.. Dapat la sikit pengecualian.. hehe..
6) Dalam program itu, aku telah diberitahu beberapa hari sebelum bahawa akan ada explorace.. Aku tidak suka berlari dan tidak mahu berlari semasa explorace.. Allah beri apa yang aku mahu.. Memang aku diberi pengecualian untuk berlari.. hihi..
7) Law of Attraction.. Lain kali jangan terlalu memikirkan sesuatu perkara negatif itu.. Ia umpama menarik perkara itu untuk datang..

Kalau nak difikirkan lagi, memang cukup banyak lagi yang boleh disenaraikan.. Tapi nanti bosan pulak nak baca banyak2 ye..

Sekadar perkongsian untuk muhasabah bersama terutama diri ini..

"Maka sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan." (94:5)
"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya." (2:286)

Ternyata, ALLAH SANGAAAAAT BAIK!!!!!~

No comments: