Islamic Widget

Tuesday, November 9, 2010

Dulu dan kini~



Salam semua..
Ketika membaca blog seorang sahabat yang menceritakan kisah dia dahulu, teringat pula zaman aku dulu2, di mana ketika itu aku sedikit jahil..(macam banyak je.. haha)

Bacaan Yasin
Dahulu-Berlaku time arwah nenek meninggal.. Beberapa tahun yang lepas.. Nak baca Yasin pun tergagap2.. Sampai mak cakap "macam mana nak bacakan Yasin untuk mak masa mak meninggal nanti.. Baca pun tergagap2.." Tersentap gak hati ni.. adush..
Sekarang-Alhamdulillah bacaan Yasin lancar setelah hampir setiap pagi diamalkan.. (bacaan Yasin setiap pagi digalakkan. Akan mempermudahkan urusan untuk sepanjang hari itu)

Bacaan Al-Mathurat
Dahulu-Mula2 kenal Al-Mathurat time kat maktab..(agak lambat sikit tapi bersyukur sebab Allah still bagi peluang untuk aku kenal Al-Mathurat ni) Pelik kenapa mesti lepas subuh dan asar mereka akan baca.. Baca lancar plak tu.. Aku yang baru kenal Al-Mathurat ni, gagap2.. Terkejar2 nak ikut bacaan mereka.. Eh. tiba2 dah baca muka sebelah.. Kadang2(selalu gak kot), kalau baca time subuh mesti tertidur2.. kadang kala bermonolog sendiri "bila la nak habis baca Al-Mathurat ni.. Lama gile.. Panjang sangat.. Boring.."
Sekarang-Alhamdulillah lancar pembacaan.. Rupanya, pendek je bacaan Al-Mathurat ni.. Ayat pun senang2.. Sekali sekala tak tengok pun dah boleh ingat sikit2.. Harap2 lepas ni dapat hafal sepenuhnya plak.. Insyallah..

Bacaan Al-Quran
Dahulu-Kalau nak baca satu muka surat pun, Ya Allah, lama gile.. Macam biasa "bila la nak habis baca ni".. Padahal satu page je pun.. Memang gagap sangat la.. Seminggu sekali pun susah nak tengok aku baca Al-Quran..
Sekarang-Baca sampai tak sedar waktu.. Dah habis satu page, rasa nak baca lagi.. Bila baca lagi, rasa nak habiskan je surah tu.. Then, nak baca lagi surah lain.. huhu.. walaupun bacaan still tak berapa lancar, tapi better la daripada dulu.. Alhamdulillah.. Hampir setiap waktu lepas solat, dapat amalkan bacaan Al-Quran.. Harap2 istiqamah..

Usrah
Dahulu-Asal sebut je usrah "Tak nak pergi la.. Itu bukan diri aku.." Macam2 alasan keluar daripada mulut.. Sentiasa cari alasan untuk lari daripada pergi usrah tu..
Sekarang-"Bila la nak buat usrah lagi ni.." Menanti pulak.. hehe..

Pakaian
Dahulu-"Kenapa la diaorg pakai baju labuh tu.. macam nak bawak g tido je.." haha..
Sekarang-Aku sendiri yang pakai.. Kadang2 diri sendiri tak selesa pakai baju biasa.. Nak pakai baju labuh sentiasa.. Tapi still dalam proses transformasi.. Nak tunggu semua baju tukar jadi labuh payah la.. Banyak sangat la duit ni.. hihi.. Sikit2 la.. Lama2 banyak la baju labuh dalam almari tu.. huhu..

Tudung
Dahulu-"Ishk.. kenapa la diaorg pakai tudung labuh2 ni.. tak rimas ke.. tak panas ke.. sama je kalau pakai tudung biasa pun.. still tutup aurat kan.."
Sekarang-"Erk.. Macam mana diaorg boleh selesa pakai tudung macam tu ea??" Tengok orang pakai tudung biasa pun tak selesa, apatah lagi diri sendiri nak pakai.. Alhamdulillah.. Makin hari makin diberi kekuatan untuk membuat transformasi tudung kepada yang lebih labuh.. Tapi macam biasa, beli sikit2.. Pakai je mana yang ada dulu.. hihi..

Ehm.. Rasa macam banyak lagi perubahan dalam diri ni tapi mesti boring nak baca lagi kan?? hehe..

Alhamdulillah.. Sedikit demi sedikit kefahaman diserap ke dalam diri mengenai Islam.. Bukan seperti dulu, Islam cuma atas kertas exam.. Semata2 untuk skor yang terbaik dan lepas exam hilang semua ilmu tu.. Sekarang masih mencari semula ilmu yang sudah aku buang dulu.. Dan insyallah ingin menambah lagi ilmu tu.. Bukan sahaja mahu belajar tapi memahami dan yang paling penting aplikasikan dalam hidup..

Kalau dulu, selalu mengkritik orang2 yang faham tu sebagai pelik.. Sekarang bila diri sendiri dah faham, perlu bersedia la untuk dikritik pulak oleh orang2 yang tak faham.. What goes around comes around.. hehe..

Rasa sakit dalam berubah ni sentiasa ada.. Kritikan, kutukan, perli.. Orang pandang pelik.. Kadang2 rasa tak nak teruskan tapi diri ini tidak mengizinkan dan tidak merelakan untuk kembali kepada yang lama.. Tapi rasanya apa yang terbaik adalah untuk aku teruskan.. Berdoa supaya diberi kekuatan dan be
rdoa supaya mereka2 juga diberi kefahaman atas apa yang berlaku..

Alhamdulillah, bersyukur sangat2 atas apa yang berlaku.. Sesungguhnya, Allah knows the BEST.. Allah still beri aku peluang untuk berubah.. Dan apa yang aku betul2 harapkan, terus istiqamah dan bertambah lagi amalanku.. Insyallah..

ALLAH SAAAAANGAAAAT BAIK!!!!!!!!~

1 comment:

Nat Cure said...

ALLAH SAAAAANGAAAAT BAIK!!!!!!!!~