Islamic Widget

Wednesday, November 24, 2010

Bergurau~


Salam semua..

Tetiba berminat pulak dengan 1 artikel ni..
So, kat sini nak share sama2 apa yang ada dalam artikel tu..
Ni 100% copy paste ye.. hihi..

Agama Dan Senda Gurau

AGAMA DAN SENDA GURAU

Firman Allah S.W.T.:

“Sesungguhnya Kami menciptakan mereka (bidadari-bidadari) dengan langsung, dan Kami jadikan mereka gadis-gadis perawan, penuh cinta lagi sebaya umurnya. “(Maksud Surah al-Waqi’ah (56):35-37).

Sebahagian orang mempunyai sangkaan yang salah bahawa Islam mengharamkan senda gurau, keceriaan dan ketawa. Sebahagian yang lain pula menganggap bahawa orang yang berpegang teguh pada agama tidak ketawa, tidak girang, tidak bergembira dan tidak berjenaka dengan orang lain kerana kehidupannya penuh kesungguhan.

Hanya yang dapat dilihat ialah wajah yang serius ketika bertemu, kaku ketika berbual, keras dalam berinteraksi serta banyak kesedihan serta kemuraman. Ini semua merupakan prasangka orang yang tidak mengetahui. Sesungguhnya Islam ialah agama fitrah, ia tidak melarang manusia untuk ketawa, ceria dan gembira, bahkan digalakkan bagi individu Muslim untuk bersifat lembut, halus, penuh harapan, ceria, berlapang dada, tersenyum dan berlemah-lembut. Sebaliknya, individu Muslim ditegah daripada sifat berputus asa dan pesimis serta dilarang daripada sifat keras, tegas dan keras semasa bercakap atau berkata-kata.

Teladan bagi kaum Muslimin dalam hal ini ialah Rasulullah S.A.W. Meskipun banyak penderitaan dan pelbagai bentuk tanggungjawab yang dimiliki, namun Rasulullah S.A.W. masih bersenda gurau dan Baginda tidak mengucapkan sesuatu kecuali kebenaran. Baginda S.A.W. juga sentiasa bersama-sama dengan sahabat Baginda, sama ada dalam kesenangan mahupun kesukaran yang dialami oleh mereka.

Sahabat-sahabat menyifatkan Nabi S.A.W. sebagai salah seorang yang paling ceria. Zaid ibn Thabit pernah diminta untuk menceritakan keadaan Rasulullah S.A.W., beliau berkata, “Aku dahulu jirannya, apabila wahyu turun kepada Baginda, Baginda S.A.W. mengutus (seseorang) kepadaku, lantas aku menulis wahyu tersebut untuk Baginda. Dahulu apabila kami bercerita tentang dunia, Baginda bercerita tentangnya bersama-sama dengan kami dan apabila kami bercerita tentang akhirat, Baginda bercerita tentangnya bersama-sama dengan kami, apabila pula kami bercerita tentang makanan, Baginda bercerita tentangnya bersama-sama dengan kami. Zaid berkata, “Semuanya ini kuceritakan kepada kamu semua tentang Rasulullah S.A.W.”

Antara penunjuk yang diberikan oleh Baginda S.A.W. dalam bersenda gurau adalah untuk menghilangkan kesamaran dan melenyapkan semua bentuk kekaburan. Diriwayatkan daripada ‘Aisyah R.A. bahawa beliau pernah bersama-sama dengan Rasulullah S.A.W. dalam suatu perjalanan, beliau berkata, “Aku berlumba lari dengan Baginda S.A.W. dan aku dapat mengalahkannya, dan setelah aku gemuk, aku berlumba lari lagi dengan Baginda namun Baginda menewaskanku, Baginda lantas mengatakan, “Kemenangan ini adalah untuk kemenanganmu yang dulu.”

Rasulullah S.A.W. pernah bergurau dengan seorang wanita tua yang dating kepadanya. Wanita tersebut berkata, “Wahai Rasulullah ,Doakanlah aku agar dapat memasuki syurga,” kemudian Rasulullah S.A.W. berkata, “Wahai ibu si fulan, sesungguhnya syurga tidak dimasuki oleh wanita tua,” Wanita tua pun menangis kerana hanya memahami maksud zahir ucapan Baginda S.A.W. Lalu Baginda S.A.W. menjelaskan kepadanya bahawa ketika memasuki syurga ia bukan dalam keadaan tua, sebaliknya masih muda lagi cantik menawan. Nabi S.A.W. membacakan firman Allah S.W.T. dalam Surah al-Waqi’ah (56):35-37).

Anas pernah berkata, “Abu Talhah mempunyai anak yang dinamai Abu ‘Umair, Rasulullah S.A.W. dating kepada mereka lalu berkata, “Wahai Abu ‘Umair, apakah yang dilakukan oleh naghir?” Abu ‘Umair sedang bermain dengan naghir dan naghir ialah anak burung (pipit) yang kecil. Rasulullah S.A.W. juga pernah meletakkan Hasan dan Husain di atas belakangnya, lantas Baginda S.A.W. bersabda, “Sesiapa yang melihat kedua-duanya, sebaik-baiknya kenderaan yang kamu berdua tunggangi.” Baginda S.A.W. juga berkata, “Sebaik-baik penunggang kuda ialah mereka berdua.”

Sesungguhnya sahabat-sahabat Rasulullah S.A.W. juga sama keadaannya seperti Baginda S.A.W. Diriwayatkan oleh Ibn Abi Syaibah daripada Abi Salamah ibn ‘Abd al-Rahman yang mengatakan, “Sahabat-sahabat Rasulullah S.A.W. tidak menyimpang, mereka dahulu menyusun syair dan menceritakan keadaan zaman jahiliyah mereka, apabila salah seorang daripada mereka ingin menceritakan sesuatu berhubung dengan agamanya, ia memutar-mutarkan bahagian dalam matanya bagai orang yang tidak siuman.”

Dengan ini jelaslah diharuskan bergurau dalam Islam kerana ia merupakan salah satu bentuk aktiviti yang dapat merehatkan dan meringankan bebanan tekanan jiwa serta kesulitan hidup. Ini sebagaimana yang dikatakan oleh Imam ‘Ali r.a.., “Sesungguhnya hati mengalami kepayahan, sebagaimana badan juga merasakan kepayahan, maka carilah serpihan-serpihan hikmah.” Beliau juga mengatakan , “Rehatkanlah hati sejenak demi sejenak, sesungguhnya hati bila dipaksakan akan menjadi buta.”

Namun, bergurau yang dibolehkan dalam Islam ialah gurau senda yang sederhana, yang tidak membawa kepada perseteruan, permusuhan dan cemuhan. Islam telah menggariskan beberapa langkah dalam perkara ini :

  • Gurau senda tersebut tidak mengandungi bentuk atau cirri-ciri dusta dan mengada-adakan sesuatu.
  • Ia tidak membawa kepada sikap menghina dan memperolok-olokkan orang lain.
  • Ia tidak menyinggung perasaan kaum Muslimin.
  • Ia tidak mempermain perkara yang serius dan tidak membuat orang lain ketawa dalam perkara yang seharusnya memnyebabkan mereka menangis.
  • Gurauan itu perlulah dalam batasan-batasan yang munasabah dan dalam batasan yang sederhana dan seimbang.
Sumber:klik sini

Siri Akhlak Mulia (SAM) – Part 4: Gurau?


Slide1

Bergurau memang seronok. Kadang-kadang, bergurau boleh membuatkan suasana yang muram menjadi ceria, yang sepi bertukar gamat. Gurau senda jugalah yang menjadi penambah perisa dalam tautan ukhwah.

Adapun, setiap perkara tentulah ada batasnya. Kata orang putih, ‘excess of anything is abnormal!’. Tidak kiralah kegembiraan, kesedihan, lawak jenaka, gurau senda atau apa sahaja, jikalau berlebihan tanpa batas, hidup boleh jadi huru hara!

Namun, Islam itu cukup cantik. Islam tidak pernah membiarkan umatNya terbiar tanpa panduan. Al-Qur’an dan As-Sunnah itu sentiasa ada untuk menjadi rujukan kita. Dalam hal ini, Dr Yusuf Qardawi ada meletakkan 5 syarat untuk bergurau senda.

1. Perkara yang hendak dicakapkan itu bukanlah satu yang bohong hanya semata-mata untuk supaya manusia ketawa.

Slide2
Nabi saw bersabda:

Celaka orang yang bercakap kemudian berbohong supaya manusia ketawa. Celakalah dia dan celakalah dia.

(HR Ahmad dan ad-Darimi)

Dalam berbicara, kita perlu beringat supaya tidak menokok tambah dan berkata perkara-perkara yang tidak benar. Cuba lihat apakah kesan media apabila tokok tambah menjadi bahan utama dalam tulisan mereka. Berita yang tersebar menjadi sensasi. Tetapi berita yang tersebar itu kadang-kala boleh menjadi fitnah bagi orang-orang tertentu dan kesannya, hidup seseorang boleh menjadi hancur disebabkan fitnah. Maka, berhati-hatilah.

2. Tidak mengandungi penghinaan terhadap seseorang melainkan orang tersebut mengizinkannya.

Slide3

hujurat11

Firman Allah: “ Hai orang-orang yang beriman, janganlah sekumpulan orang laki-laki merendahkan kumpulan yang lain, boleh jadi yang ditertawakan itu lebih baik dari mereka. Dan jangan pula sekumpulan perempuan merendahkan kumpulan lainnya, boleh jadi yang direndahkan itu lebih baik. Dan janganlah suka mencela dirimu sendiri dan jangan memanggil dengan gelaran yang mengandung ejekan. Seburuk-buruk panggilan adalah (panggilan) yang buruk (fasik) setelah beriman dan barangsiapa yang tidak bertaubat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim. “ (al-Hujarat: 11)

Nabi saw bersabda:

Cukuplah seorang itu melakukan kejahatan apabila dia menghina saudaranya semuslim.” (HR Muslim)

Ada masanya kita tak sedar yang perkara yang kita sangka hanya satu gurauan terhadap sahabat kita, sebenarnya telah mengecilkan hati dia. Sebagai contoh, apabila bekerja dalam kumpulan. Sahabat kita ditugaskan untuk menyediakan poster misalnya. Dan apabila hasil kerjanya tidak menepati citarasa kita, janganlah dengan mudahnya kita memperlekehkan dia. Sedangkan tanpa kita sedari, mungkin sahabat kita itu telah bersengkang mata berusaha untuk menyiapkan kerja itu. Sepatutnya jika ada kekurangan, tegurlah dengan cara yang baik. Gurau yang melampau boleh menjadi asbab kepada putusnya silaturrahim, maka berhati-hatilah.

3. Melawak yang tidak menakutkan orang lain.

Slide4

Nukman bin Basyir ra berkata: Sesungguhnya kami bersama Rasulullah saw dalam satu perjalanan. Seorang lelaki mengantuk di atas tunggangannya. Seorang lelaki yang lain mengambil anak panah dari busurnya dan mengejutkan lelaki yang mengantuk yang menyebabkan dia terperanjat. Rasulullah saw bersabda;

Haram bagi seorang lelaki menakutkan orang Islam.”

(HR Thabrani)

Nabi saw bersabda:

Janganlah kamu mengambil barang kepunyaan saudara seislamnya dengan niat melawak atau pun betul-betul.”

(HR Ahmad)

Gurauan yang tidak kena pada tempat juga adalah sangat ditegah. Malah nabi sendiri mengharamkan kita untuk menakut-nakutkan saudara seIslam kita. Berpada-padalah dalam bergurau, kerana jika tidak memikirkan kesan, gurauan yang sepatutnya bertujuan hiburan boleh menjadi bala. Maka berhati-hatilah.

4. Jangan bergurau pada perkara yang perlu serius.

Slide5

Dalam Islam ada 3 perkara yang dianggap diambil hukumnya walaupun dalam keadaan melawak. Nabi saw bersabda:

Tiga perkara yang mana diambil hukumnya samaada dalam keadaan melawak atau serius: Nikah, Cerai, Membebaskan hamba.”

Sesungguhnya Allah telah mencela orang2 musyrikin yang ketawa ketika mendengar al-Quran. Firman Allah swt:

annajm

Adakah kamu hai musyrikin rasa hairan dengan ayat2 suci al-Quran? Kamu ketawa ketika mendengarnya, tidak menangis ketika mendengarnya dan kamu dengar dalam keadaan lalai.” (An-Najm: 59 – 61)

Mempermainkan sesuatu yang serius juga adalah sangat ditegah. “Aku nikahkan kau dengan si fulan binti si polan,” kata seorang remaja kepada kawannya, sambil di’sah’kan oleh kawan-kawannya yang lain. Sedangkan perkara tersebut jika dilihat pada segi hukum, dikira sebagai betul-betul sah tidak kira samaada remaja tadi hanya bermain-main ataupun serius! Begitu juga dengan lafaz talak. Seharusnya perkara sebegini tidak boleh menjadi bahan gurauan kerana ianya melibatkan hukum agama. Maka berhati-hatilah.

5. Hendaklah melawak sekadar perlu dan tidak berlebihan.

Slide6

Nabi saw bersabda:

Janganlah kamu banyak ketawa. Sesungguhnya banyak ketawa boleh mematikan hati.”
(HR Ahmad dan Ibu Majah)

Kita juga seringkali diingatkan, yang mereka yang banyak ketawa di dunia akan menyesal dan menangis di akhirat, dan bagi mereka yang banyak menangis di dunia (kerana mengenangkan akhirat), hidupnya di akhirat nanti akan lebih bahagia.

dari Feqhul Lahwi wat Tarwih, Dr Yusuf Qardawi.

Iktibar kisah Rasulullah s.a.w

Ketika Rasulullah didatangi oleh seorang nenek tua yang bertanya, “Apakah kelak saya boleh masuk syurga?”

Nabi pun menjawab, “Tidak akan ada orang tua di dalam syurga.”

Mendengar jawapan itu, terus nenek tersebut menangis. Lalu Rasulullah berkata kepadanya bahawa kelak tidak ada orang tua di dalam syurga kerana semua ahli syurga akan kembali muda. Demikianlah cara Rasulullah s.a.w bergurau, mendidik dan pada masa yang sama begitu menghiburkan.

Wallahua’lam

Sumber:klik sini

Itu sahaja buat kali ini.. Asif ye banyak pulak kali ni punya post.. hihi.. Wassalam..

No comments: