Islamic Widget

Friday, November 12, 2010

"Siapa ada soalan spot untuk final??" APEKAH!!


Salam semua..
Pertamanya, izinkan saya untuk memohon maaf terlebih dahulu kerana post ini tiada kena mengena dengan sesiapa.. Cuma peringatan buat diri sahaja..

Alhamdulillah, 3 paper selesai untuk final semester ini.. Insyallah still ada 3 paper lagi untuk ditempuh tetapi selepas raya haji..

"Siapa ada soalan spot untuk final??"

Entah kenapa final untuk semester ini, rasa sakit telinga je dengar ayat tu.. Siapa ada soalan final?? For me, belajar bukan semata2 untuk final atau untuk skor pointer..

Ok.. Saya akui.. Dulu2 saya macam tu.. Time dekat2 final, akan sibuk mencari2 soalan spot.. Then pulun baca yang tu je.. Tapi, akhirnya kecewa sebab tak keluar.. Bukan nak cakap pasal kekecewaan saya kat situ.. Nak cakap betapa b*d*hnya tindakan tu.. Kesannya, sampai sekarang.. Tak dapat nak apply.. Semua yang belajar dari dulu sampai sekarang, semuanya berkaitan.. So, sekarang agak slow sikit nak paham sebab basic tak ingat..

Sebagai contoh untuk semester ini, subjek advanced electronics.. Semester lepas ambil electronics.. Dalam electronics sem lepas ada belajar mengenai voltage divider dengan current divider.. Semester ini, dalam advanced electronics, belajar mengenai h-parameter.. Dalam h-parameter, perlu guna banyak voltage divider dengan current divider.. Rasa macam (AAARRRGGHHHHH)... Sepatutnya senang je h-parameter tu.. Disebabkan basic tak kuat atau ayat yang lebih sesuai, tak ingat or maybe tak faham, benda tu jadi susah dah.. Dah bertambah2 masalah.. Nak fahamkan yang sekarang, then perlu ingat yang lepas.. aduh.. Ini sikap orang Melayu yang perlu diubah.. "SUKA BERTANGGUH".. "Tak pe la.. Final lambat lagi.. Dah dekat final nanti belajar la.." Tatkala tiba final.. "Alamak, macam mana ni?? Tak sempat nak cover semua bab ni.. ehm.. SIAPA ADA SOALAN SPOT UNTUK FINAL??" Tatkala itu ayat yang annoying tu akan keluar..

Seperti di atas, dah cakap mengenai bertangguh kerja.. Sekarang, mari bercakap tentang belajar untuk kehidupan pula.. Atau lebih tepat, "LILLAHI TAALA".. Kerana Allah Taala.. Kalau niat belajar kerana Allah, ilmu itu akan lebih kekal dalam ingatan berbanding belajar sebab nak skor.. kalau belajar sebab nak skor, memang la kita akan dapat apa yang kita nak.. 4flat.. Tapi lepas tu, ilmu tu hilang macam tu je.. (tak semua orang yang dapat 4flat tu tak dapat apply apa yang dia belajar.. jangan salah faham dengan statement saya tu ye..) Ini bercakap berdasarkan pengalaman.. (tapi tak pernah dpt 4flat la..haha) Saya sendiri pernah rasa macam mana belajar dengan niat pointer semata2 atau kerana Allah.. Memang berbeza..

Kalau nak belajar, belajar je semua.. Tak perlu nak spot2.. Insyallah Allah akan bantu dengan cara lain pula.. Tak tahu nak cakap macam mana tapi kemanisan ilmu tu memang dapat rasa kalau betul2 ikhlas nak belajar..

Rasa agak terlambat kesedaran tu datang pada saya.. Dah betul2 di tengah2 sarjana muda saya.. tapi itu tidak jadi penghalang.. Tidak mungkin menjadi alasan malah makin bersyukur sebab Allah masih beri peluang untuk saya berubah..

ALLAH SAAAAAANGAAAAAAT BAIK!!!!!!~

No comments: