Islamic Widget

Showing posts with label ~muhasabah dan motivasi~. Show all posts
Showing posts with label ~muhasabah dan motivasi~. Show all posts

Monday, April 11, 2011

What goes around, comes around...

Salam semua~
"WHAT GOES AROUND COMES AROUND"
Saya belajar ayat ni masa form 4.. Tajuk karangan senior form 5 yang dijadikan contoh kerana penggunaan bahasa inggeris yang bagus dalam karangan itu.. Tapi saya bukan nak fokuskan pada karangan beliau, tapi pada maksud ayat tersebut..

Apa yang difahami, maksud ayat itu ialah setiap apa yang dilakukan akan berbalik pada kita semula..

Setiap perbuatan baik akan dibalas baik.. Begitu juga sebaliknya, setiap perbuatan jahat akan dibalas jahat..

Kita mengutuk2 orang lain, maka tunggulah masa kita pula akan dibalas dengan kutukan daripada orang lain..
Kita bantu memudahkan segala urusan orang lain, Allah akan membalas dengan dipermudahkan urusan kita, tidak semestinya orang itu yang membalasnya..

Sebagai contoh, cikgu/pensyarah bagi soalan dalam kelas.. kita boleh mendapatkan jawapan daripada dia dengan lebih tepat bersesuaian degan kehendak yang dia nak.. Bukanlah kata kita tak perlu berusaha dengan hanya minta sahaja dengan dia, tapi jika kita berusaha mencari sendiri dan dibimbing oleh dia sendiri, maka apa yang dikehendaki akan lebih bermakna dan menepati piawaian yang dikehendaki..

Sedar atau tidak, Allah memberi kita pelbagai masalah, cabaran dan dugaan dalam kehidupan.. Di situ dapat digunakan konsep what goes around comes around.. Bukanlah bermakna Allah memberi kita masalah, kita pula membalasnya dengan masalah.. Don't get it wrong..

Masalah itu datang daripada Allah, maka kita perlu memulangkan masalah itu kepada Allah.. Kita hanyalah manusia biasa yang sentiasa dirundum kesedihan dengan pelbagai masalah.. Masalah2 itu kadang-kala kita tidak mampu selesaikan.. Kadang-kala dalam hidup kita, kita perlu membuat pelbagai pilihan.. Baik buruk, hitam putih.. Semuanya tidak mampu kita hadapi bersendirian.. Itulah gunanya untuk mengembalikan kepada Allah, pemberi kesemua masalah itu.. Masalah itu perlu dikembalikan dengan cara memohon bantuan daripada Allah..

Allah memberi kita masalah bukanlah dengan tidak bersebab.. Sudah semestinya bersesuaian dengan kita.. Kadang-kala masalah itu diberi atas sebab diminta oleh hambanya.. Sebenarnya tatkala itu, Allah sedang membalas doa kita..

Kita memohon diberi kesabaran, kekuatan, ketabahan dan macam2 lagi.. Sedar atau tidak, dengan ujian2 itu, doa kita sedang dimakbulkan.. Allah tidak pernah membebankan hambanya dengan ujian yang tidak mampu ditanggung.. Segala masalah dipulangkan kepada Allah.. Mintalah kepada Allah yang telah memberi masalah2 itu supaya memberikan kekuatan kepada kita untuk menghadapinya.. Jangan pernah sekali diminta untuk dijauhkan daripada diberi ujian tapi mintalah supaya diberi kekuatan untuk menghadapi ujian itu.. Minta pada Allah untuk dipandu segala perjalanan kita dalam setiap apa pun kerana Allah lebih mengetahui yang terbaik..

Allah ingin mendengar suara hamba2Nya.. Allah ingin mendengar tangisan daripada hamba2Nya..

Kembalikanlah semuanya pada Allah.. Minta diberi yang terbaik, bukan diberi yang kita mahu kerana tidak semestinya apa yang kita mahu itu terbaik untuk kita..

Peringatan untuk diri iaitu hamba Allah yang hina~
Sekadar perkongsian..

Sunday, November 28, 2010

Edisi Melancong ke Mersing~

Salam semua..
Sedikit perkongsian mengenai pengalaman "melancong ke Mersing"..
Banyak pengalaman yang dapat membuat saya berfikir tentang kebesaran Allah..

Tatkala menunggu bas di Larkin untuk ke Mersing, berlaku dua peristiwa yang boleh dianggap penting..
Pertama, orang cacat yang meminta sedekah.. Ada seorang manusia yang cacat kakinya, meminta sedekah.. Sedih hati melihat + bersyukur kita dilahirkan sempurna yang mana sepatutnya banyak contribution yang kita boleh buat.. Walaupun cuma kaki yang cacat,tetapi sepatutnya dia masih boleh mencari rezeki yang halal daripada meminta sedekah.. Tapi apa yang berlaku, mungkin dia tidak diberi peluang kerana kelemahan dia hanya dilihat pada cacatnya kaki dia.. Setiap kali lalu di plaza tol, terasa sedikit kekecewaan.. Mengapa kerja memberi tiket2 (tiket kot nama dia) tidak diberikan kepada mereka2 yang kurang upaya supaya mereka dapat mencari rezeki?? Sekadar beri tiket, cakap terima kasih dan senyum.. Orang yang cacat tadi pun boleh buat.. Tidak terganggu langsung kerja itu hanya disebabkan kecacatan kakinya itu.. Tetapi kerja2 itu diberi pada mereka yang sempurna anggota, yang sepatutnya membuat kerja lain.. Kasihan melihat nasib2 orang kurang upaya yang tidak dibela.. Terlintas di kepala untuk menggaji mereka2 yang kurang upaya.. Tetapi masih dalam perancangan, kerja apa yang saya perlu "cipta" supaya saya dapat menggaji orang2 seperti itu supaya mereka dapat menyara hidup mereka..

Kedua, terlihat adik2 kecil (lingkungan umur budak sekolah rendah) membawa tabung dan meminta2 dengan orang ramai.. Yang kelakarnya, tak tahu kenapa dengan kami (8 orang student UTM) dia tak minta malah cuma lalu sahaja di hadapan kami.. Kami pun cuma perhatikan sahaja.. hihi..(sambil tu fikir macam2 kot).. ehm.. Ada sahabat mengatakan bahawa kadang2 itu sindiket yang menggunakan budak2 untuk mengaut keuntungan.. Sedih melihat keadaan zaman sekarang.. Bijak mengambil peluang(benda yang positif) tapi digunakan dengan cara yang salah.. Bijak mengambil peluang itu benda yang positif.. Mungkin saya boleh katakan sebagai bijak mengambil kesempatan atas kelemahan orang lain.. Mungkin mereka akan kasihan melihat budak2 kesil meminta sedekah lalu diberinya sedekah.. Padahal, akhirnya nanti "bos" dia yang ambil untung.. Malahan, nasib mereka masih juga tidak terbela.. Sedih melihat kanak2 itu.. Diumur begitu, mereka sepatutnya mengaut segala macam ilmu yang ada.. Sepatutnya berada di sekolah untuk belajar dan bukan berada di stesen bas untuk dipergunakan untuk meminta sedekah.. Nasib masing2.. bersyukur kita berada di tempat yang betul dan baik.. Dan alhamdulillah iman terjaga..

Antara masalah yang dihadapi di Larkin, menunggu bas selama 90minit akibat bas yang daripada Singapore ditahan kastam.. Mungkin sebab penumpang2 ada masalah dengan pasport kot.. Tak tahu la.. Di situ memang menguji tahap kesabaran.. Masing2 menguatkan sesama sendiri antara sahabat2 untuk bersabar menunggu.. Tetapi, ada hikmah disebalik apa yang berlaku ini.. Akan diceritakan pada part Mersing pula..

Setiba di stesyen bas Mersing, kami perlu menunggu bas "lompat" atau lebih dikenali sebagai bas domestik untuk ke Felda Nitar 1(destinasi kami).. Di situ 2 peristiwa berlaku..
Pertama, kejadian orang gila menyerang.. Betul2 1meter dihadapan kami.. Sedang kami berdiskusi, tiba2 ada seorang lelaki (agak berumur) mencekek seorang lelaki(remaja) yang baru sahaja turun dari bas.. Aku sangka mereka memang bergaduh disebabkan hal2 tertentu, tapi rupanya lelaki tua itu orang gila.. Terpekik2 memarahi remaja itu dan remaja itu terkejut kerana tidak bersalah.. Selepas mencekek lelaki itu,(sehingga merah lehernya) lelaki tua itu memandang semua di sekeliling dia(termasuk kami yang ketakutan kerana kami yang paling hampir dengan kejadian).. Kami menundukkan pandangan kerana takut2 kami pula diserang.. Lelaki tua itu berlalu pergi setelah mencekek dan meninggalkan lelaki remaja itu.. Lelaki remaja yang sedang menggenggam botol 100plus dengan penuh geram itu seperti ingin mengejar lelaki tua itu(nampak gaya macam dah geram sangat, macam nak tumbuk lelaki tua itu).. Tapi mungkin selepas melihat pak cik itu macam lalok je, dia pun membatalkan hasratnya.. hihi.. Macam2.. Orang kata, jangan layan orang gila.. Kalau layan orang gila, maknanya kita pun gila.. kalaulah remaja itu membalas apa yang pak cik tu buat padanya, mungkin akan berlaku pertempuran besar di situ.. Kalau jadi kes polis, orang gila tu tak boleh dipersalahkan kerana orang gila malahan remaja itu pula yang akan dipersalahkan.. Nasib baik remaja itu berfikir panjang.. Satu lagi, kalau orang mengenakan kita, kita jangan marah.. Kalau kita marah maknanya dia berjaya dan kita kalah.. Dia berjaya menguasai kita.. So, buat cool je.. Macam tak ada apa2 yang berlaku supaya usaha untuk membuat kita marah tidak berhasil.. Malahan mungkin dia pula yang akan marah..(kita pula yang dapat menguasai dia.. hihi).. erk.. lari sikit daripada cerita kat atas ni.. huhu..

Kedua, seperti biasa menunggu bas yang lambat.. Tak silap, sama juga.. Perlu tunggu selama 90minit.. Sangat2 menguji kesabaran.. Macam2 terjadi.. Kemudian apabila ditanya di kaunter bas, bas tersebut telah mengalami kemalangan.. Bas terbalik..(tak tahu la macam mana).. hikmah daripada menunggu bas yang lambat daripada Larkin sampai la kat Mersing ni.. Kalaulah ditakdirkan kami cepat, mungkin kami berada dalam bas yang terbalik itu dan mungkin kami juga antara mangsa.. Alhamdulillah.. kami terselamat.. Everythings happen for reasons.. Allah knows the best..

Destinasi=Felda Nitar 1.. Aktiviti=BQQ dan sambutan hari jadi Azzyaty(yang tertangguh disebabkan final exam).. Alhamdulillah semua berjalan dengan lancar.. Perjalanan pulang semula ke UTM selamat dengan diiringi hujan..

Nak berkongsi sedikit ayat best yang dibaca dalam blog akhi Hadi sebelum menulis posting terbaru ni..

"Orang selalu berkata janganlah diberi perhatian kepada masalah kerana masalah itu lumrah, tetapi perhatikanlah kepada tindakan terhadap masalah itu. Janganlah meminta dikecilkan ujian, tetapi pintalah dibesarkan iman dalam menempuhnya."

Kata2 baru yang ingin diamalkan untuk meningkatkan semangat.. "Tak ada masalah"~

huhu.. Allah saaaangaaaat baik!!!!~

Wednesday, November 24, 2010

This is not me!!!!! Apekah~


Salam semua..

Sekali lagi ingin membuat sedikit perkongsian..
Berminat dengan artikel ini.. Mari renungkan~

Perkongsian: Kata mereka - “Aku adalah diri aku.”

Kamu yang sebenarnya, adalah yang suci dan bersih. Bila kamu mengingkari Allah SWT, kamu hakikatnya bukan kamu. ~ picture by lady tori of deviant art.

Kamu yang sebenarnya, adalah yang suci dan bersih. Bila kamu mengingkari Allah SWT, kamu hakikatnya bukan kamu. ~ picture by lady tori of deviant art.

“Aku adalah diri aku. Diri aku macam ini, macam inilah aku. Katalah apa pun, aku tak mahu dengar.”

Kata-kata yang popular, daripada orang yang apabila datangnya peringatan, dan dia mengingkarinya.

Kamu adalah diri kamu ya?

Sebenarnya, apa yang kamu tahu fasal diri kamu?

Hari ini, saya nak ajak diri saya dan diri pembaca, mengeksplorasi diri kita ya.

Jom, jom, jom.

Nanti kamu akan lihat bahawa, berpihak kepada apa yang tidak disukai oleh Allah SWT, adalah bukan diri kamu yang sebenarnya.

Asal kejadian.

Mudah. Daripada Allah SWT. Allah yang cipta kita.

“Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku;”Surah Al-’Alaq ayat 1-2.

Itu muqaddimah diri kita. Kalau nak lebih jelas lagi kejadian diri kita yang Allah ciptakan ini, saya boleh beri satu lagi ayat.

“Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari pati (yang berasal) dari tanah; Kemudian Kami jadikan ‘pati’ itu (setitis) air benih pada penetapan yang kukuh; Kemudian Kami ciptakan air benih itu menjadi sebuku darah beku. lalu Kami ciptakan darah beku itu menjadi seketul daging; kemudian Kami ciptakan daging itu menjadi beberapa tulang; kemudian Kami balut tulang-tulang itu dengan daging. Setelah sempurna kejadian itu Kami bentuk dia menjadi makhluk yang lain sifat keadaannya. Maka nyatalah kelebihan dan ketinggian Allah sebaik-baik Pencipta.” Surah Al-Mukminuun ayat 12-14.

Tahukah ayat ini turun bila? Sebelum manusia jumpa mikroskop, x-ray dan sebagainya. Membuktikan bahawa, Tuan punya bicara ini, memang sebenar-benarnya yang menciptakan kita. Sebab Dia Maha Tahu, walaupun ketika itu tiada manusia yang mengetahui.

Nah. Asal kita adalah daripada Allah SWT.

Asal diri kita yang sebenarnya.

“Aku dah memang macam ni. Aurat-aurat ni, memang dari dulu aku tak ambil pusing.”

“Aku memang macam ni. Malas la solat. Buat apa ikut-ikut peraturan Islam ni?”

“Yang baik itu bapak aku. Aku memang macam ini.”

“Ala, nama apa la sangat. Nama saya Muhammad pun, saya bukan Nabi Muhammad. Saya, sayalah. Saya memang macam ini.”

Ya ke itu diri kamu yang sebenarnya?

Atau, sebenarnya kamu ini asalnya lain?

Tahukah kamu asal kamu macam mana? Yake macam kamu sekarang ini? Yake kamu memang macam ini?

Kita tengok ya. Sebelum kita wujud di alam ini, apa yang kita kata kepada Allah SWT:

“Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika Tuhanmu mengeluarkan zuriat anak-anak Adam (turun-temurun) dari (tulang) belakang mereka, dan Ia jadikan mereka saksi terhadap diri mereka sendiri, (sambil Ia bertanya dengan firmanNya): Bukankah Aku tuhan kamu? Mereka semua menjawab: Benar (Engkaulah Tuhan kami), kami menjadi saksi.” Surah Al-A’raf ayat 172.

Ha. Kita sebenarnya, adalah yang mengakui bahawa Allah adalah Ilah kita, mengakui bahawa arahanNya adalah kebenaran, menyimpang daripadaNya adalah kerosakan.

Rasulullah SAW pula bersabda maksudnya: “Setiap bayi itu dilahirkan dalam keadaan fitrah (Islam). “ Hadis riwayat Bukhari.

Kita sebenarnya, diri kita yang sebenarnya, adalah yang telah berjanji dan bersaksi kepada Allah SWT, untuk taat kepadaNya. Dilahirkan kita ke dunia ini oleh Allah SWT dalam keadaan fitrah, suci, bersih, dalam erti kata lain, Islam.

Maka, bila mengetahui siapa yang menciptakan kita, dan ‘bentuk’ asal kita yang bagaimana, apakah yang sepatutnya kita lakukan di dalam kehidupan ini?

Tunduklah, patuhlah.

Maka hakikatnya, apabila kita bermaksiat, ingkar kepada Allah, tidak mengambil Islam sebagai sistem hidup, tidak mengikut peraturan Islam, itu semua adalah berlainan dengan hakikat diri kita yang sebenar-benarnya.

Tidak lain tidak bukan, kita sebenarnya menyimpang dari diri kita yang sebenarnya. Kita pergi ke satu jalan yang salah, yang silap. Kita tidak berada pada tempat yang kita patut wujud sebenarnya.

Jadi, “Aku adalah diri aku. Aku memang dah macam ini.” adalah satu alasan yang tidak betul sebenarnya. Kamu bukan diri kamu apabila kamu mengingkari Allah SWT. Kamu diciptakan olehNya, dan akan kembali kepadaNya, maka apakah pantas kamu hidup tanpa mentaati perintahNya? Pelik bukan?

Penutup: Cukup-cukuplah. Melutut!

Mengapa masih beralasan?

Hidup ini sebentar cuma. Beratkah Islam? Tidak berat apabila kamu telah melaksanakannya. Apakah mungkin yang disuruh oleh Pencipta Manusia, Yang Maha Bijaksana, Yang Maha Mengetahui Segala, itu memberatkan untuk manusia? Sedang dia telah mengetahui kekuatan dan kelemahan manusia.

Dan kita mencagarkan akhirat kita untuk dunia yang sementara? Bodoh bukan?

Semestinya kita mahu yang indah itu abadi selama-lama. Maka apa yang kamu nantikan?

Kamu adalah kamu?

Sedarlah. Kamu bukan kamu, selagi kamu tidak tunduk kepada Allah SWT. Kita semua sama. Saya juga demikian.

Maka marilah kita melutut kepada Allah SWT. Apakah belum sampai masanya?

“Belum sampaikah lagi masanya bagi orang-orang yang beriman, untuk khusyuk hati mereka mematuhi peringatan dan pengajaran Allah serta mematuhi kebenaran (Al-Quran) yang diturunkan (kepada mereka)? Dan janganlah pula mereka menjadi seperti orang-orang yang telah diberikan Kitab sebelum mereka, setelah orang-orang itu melalui masa yang lanjut maka hati mereka menjadi keras, dan banyak di antaranya orang-orang yang fasik – derhaka” Surah Al-Hadid ayat 16.

Cukup-cukuplah.

Sumber:klik sini

Erm.. Nak share sikit pasal ayat ni..

Beratkah Islam? Tidak berat apabila kamu telah melaksanakannya. Apakah mungkin yang disuruh oleh Pencipta Manusia, Yang Maha Bijaksana, Yang Maha Mengetahui Segala, itu memberatkan untuk manusia? Sedang dia telah mengetahui kekuatan dan kelemahan manusia.

Tetiba teringat something pulak..

Surah Al-Baqarah ayat 286: Allah tidak membebani seserang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakan dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (Meraka berdoa): "Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang yang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak sanggup kami memikulnya. Beri maaflah kami; ampunilah kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir".

Sama2lah kita renungkan bersama ye.. Wassalam~