Islamic Widget

Wednesday, November 3, 2010

Matlamat~



Salam semua..
Mesti kita semua pernah sertai aktiviti2 kan?

Teringat suatu masa ketika aku beraktiviti.. Di dalam suatu permainan, kami diminta untuk mencari ranting2 kayu, daun2 kering dan plastik.. Kami pun mencari tanpa mengetahui apa tujuan benda2 itu diminta..

Di sini saya bukan nak cerita mengenai benda2 yang diminta untuk dicari atau mengenai permainan itu.. Saya nak bercerita mengenai matlamat..

Andaikan kita tahu tujuan benda2 itu diminta, mungkin kita akan lebih teliti dalam memilih.. Sebagai contoh, jika kita tahu benda2 itu akan digunakan untuk membuat bangunan kecil, sudah pasti kita akan memilih ranting2 yang cukup kukuh untuk binaan itu.. Jikalau untuk membersihkan kawasan, lebih daripada jumlah yang diminta pun boleh dikutip.. Tetapi, dalam permainan itu kita tidak diberi tujuan/matlamat benda2 itu diminta.. Jadi, benda2 itu dikutip secara random.. Tak kira saiz, kukuh atau tidak, besar atau kecil, banyak atau sedikit..

Sama juga macam hidup.. Matlamat.. Kita tahu ke apa matlamat kita hidup? Atau kita hidup sekadar nak habiskan masa di dunia ini sahaja? Setiap apa yang kita lakukan, adakah kita tahu apa yang kita mahukan?

Bunyi mungkin akan sedikit pelik di situ.. Dimana seseorang itu tidak tahu apa yang dia mahukan dan apa tujuan sesuatu dilakukan.. tetapi sangat tidak pelik jika ada orang seperti itu..

Apabila dihantar untuk menuntut ilmu, dia sendiri tiada matlamat.. "Ala, dah parents anta g blaja, blaja je la.." Itu matlamat parents, tapi apa pula matlamat diri sendiri? takkan nak belajar sekadar memenuhi tuntutan parents dan skor exam sebaik mungkin tanpa memikirkan matlamat diri pula?

Peringatan untuk diri sebenarnya.. Kalau hidup tanpa matlamat umpama permainan tadilah.. Main ambil saja benda2 tanpa memikirkan apa tujuan.. Kelak, hasilnya tidaklah begitu memberangsangkan.. Kalau kita mempunyai matlamat, sudah pasti kita ingin mencapainya dan sudah pasti ada target2 pencapaian dan usaha2 ke arahnya..

MARI BERFIKIR SEJENAK...
SENARAIKAN APA TUJUAN/MATLAMAT YANG INGIN KITA CAPAI..

..........................................
............................................
...............................................
....................................................
.........................................................
..............................................................

OK, SEKARANG CARA BAGAIMANA NAK CAPAI MATLAMAT ITU..

...........................................
..............................................
....................................................
..........................................................
...............................................................
...................................................................

EHM.. SEKARANG, MASALAH2/ CABARAN2 YANG MUNGKIN DIHADAPI UNTUK MENCAPAI MATLAMAT..

......................................................
.............................................................
..................................................................
......................................................................
...........................................................................
................................................................................

FILL IN THE BLANK.. hehe..
Matlamat aku?? Rahsia..........

Marilah berusaha ke arahnya.. Tidak mengapa jika kita tak dapat apa yang kita usahakan kerana Allah tidak melihat hasil daripada sesuatu tetapi Allah melihat daripada usahanya..

Jika tidak dapat apa yang diingini, pasti Allah akan menggantikannya dengan yang lebih baik kerana Allah Knows the best for us.. Everything happens for reason.. Itu tugas Allah.. Jangan kita pertikaikan.. Sekarang, kita cuma perlu jalankan tugas kita sahaja..

TETAPI INGAT!!!!! MATLAMAT TIDAK MENGHALALKAN CARA~

Semoga berjaya ye sahabat2 dan terutama buat diri~
Allah saaaaangaaat baik~!!!!

1 comment:

Nat Cure said...

Tiupan bayu tak mudah sekali menggoncang
Debaran hati tak gundah
Apatah serah diri biarpun kutahu
Malam kutiada lagi

Pena yang lancar menulis tak seperti hatiku
Yang gugup untuk mara ke sana
Demi mencapai

Oh takkan hilang dari genggaman
Keranaku takkan lepaskan
Sekaya seindah setinggi
Itulah impianku

Kini kumakin hampir
Mencapai suara impian
Sedetik bagaikan setahun
Kau tunggu