Islamic Widget

Tuesday, April 12, 2011

Mari Scan MUKA!!!!


Salam semua~
Mari kita semua scan muka masing2 ye..
Mata ada berapa???
2 kan??
Gunalah kedua biji mata untuk melihat dari pelbagai sudut, pelbagai pendapat, pelbagai idea dan pelbagai yang pelbagai la..

Telinga ada berapa?? (eh, macam dah keluar skop muka je.. hihi)
2 kan??
Gunalah kedua telinga untuk mendengar dari pelbagai sudut, pelbagai pendapat, pelbagai idea dan pelbagai yang pelbagai la..

Mulut ada berapa???
1 je kan??
Gunalah mulut yang satu itu untuk membuat hanya satu sahaja keputusan.. Pilih yang terbaik, rumuskan dan yang paling baik, mohonlah daripada Allah ditetapkan pendirian yang satu itu.. Dan sudah semestinya mohon agar pilihan itu yang terbaik sesungguhnya pilihan Allah itulah yang PALING baik~

Telinga diberi 2 supaya kita lebih banyak mendengar..
Mata diberi 2 supaya kita lebih banyak melihat(observe)..
Tetapi mulut diberi 1 supaya kita kurang bercakap..
Bercakap perkara yang berfaedah sahaja..

"Tapi kan perempuan memang banyak cakap???"
haha.. memang pun.. Tapi kalau bercakap perkara2 yang baik, bukankah lebih elok.. Kalau nak bercakap perkara yang baik, perlulah berkawan dengan orang yang baik..

Kawan yang baik adalah yang dapat mengingatkan kita mengenai akhirat..
Apakah definasi kawan yang baik bagi anda??

Berbalik pada muka..
Banyak sebenarnya kebesaran Allah yang ada disekeliling kita tanpa kita sedari.. Jika kita bijak untuk mengaitkan antara satu sama lain terutama dengan kebesaran Allah, ia akan kelihatan indah..
Bak kata ayah saya, belajar daripada alam..

Renung2kan dan selamat beramal~ (^_^)

2 comments:

Lagenda said...

salam. kenapa untuk telinga, sama dengan mata punya?

~sahabat sebenar bukan yang sentiasa membenarkan kata-kata sahabatnya. tapi adalah yang sentiasa memastikan sahabatnya berkata benar.~abu

Cahaya Kemudahanku~ said...

erk.. ni la akibat malas nk taip.. copy paste drpd ats menyebabkan yg bwh salah.. hehe.. maaf ye.. n time kaseh.. ia sudah dibetulkan..